Tips Kuruskan Badan dan Cantikkan Muka

Wow! Gosok Gigi Dapat Kuruskan Badan!

Nak kurus ni macam-macam cara ada! Mahu atau tidak sahaja. Siapa sangka dengan hanya memberus gigi sebenarnya dapat menurunkan berat badan anda.

Bukan mudah untuk menahan rasa lapar lagi-lagi apabila sampai waktu malam. Kadang-kadang perut berbunyi laa, dah tak tahan, haaa mulalah pergi ke dapur makan macam-macam! heheh.. Sebenarnya salah satu cara mudah untuk kurus adalah dengan memberus gigi anda!

Kenapa Berus Gigi Boleh Kurus?

Setiap kali makan, pasti anda akan gosok gigi supaya bersih. Malas rasanya ingin menggosok gigi berulang kali betul tak? Jadi apa lagi, gosokla gigi anda seawal jam 8 malam supaya anda tidak akan makan selepas jam 8 malam. Apabila anda gosok gigi, secara tidak langsung anda…

Dapat elak rasa lapar pada tengah malam

Memberus gigi pada waktu malam merupakan cara yang terbaik untuk menggelakkan anda semua makan lewat malam. Hal ini kerana anda akan berasa malas kerana gigi anda sudah bersih.

Hilang rasa lapar

Anda dinasihatkan supaya terus menggosok gigi anda selepas makan. Ini kerana, sisa makanan yang melekat pada gigi dan aroma makanan yang ada dalam mulut anda akan membuatkan diri anda mahu makan lagi, lagi dan lagi.

Selamat mencuba!

error: Content is protected !!