Tips Kuruskan Badan dan Cantikkan Muka

Wanita Gemuk Hidup Lebih Ceria dan Bahagia

wanita gemuk lebih bahagia

Perasan tak wanita berbadan besar atau chubby kebanyakkannya jenis yang ceria? Mereka ni seperti tiada masalah dalam hidup. Menurut kajian, wanita berbadan besar kelihatan lebih ceria. Kaji selidik yang dilakukan oleh Littlewoods.com ke atas 2,000 orang wanita, sebanyak 74 peratus wanita berbadan gempal mengakui rasa bahagia dengan berat badan mereka.

sherry alhadad

Peratusan tersebut ternyata lebih tinggi daripada apa yang dirasai oleh wanita berbadan langsing, dimana hanya 47 peratus wanita langsing yang mengakui rasa bahagia dengan bentuk badan mereka. Manakala, 52 peratus daripada wanita kurus mahukan bentuk badan lebih berisi kerana kelihatan lebih seksi.

Wanita berbadan besar juga sering mengamalkan konsep hidup tidak peduli dengan tohmahan orang lain tentang diri mereka. Jangan fikir wanita yang berbadan gempal semuanya mengalami obesiti. Ada juga yang memang keturunannya berbadan besar, tetapi bila buat ujian darah, semuanya normal dan sihat.

Jika anda berkata bahawa wanita yang berbadan kurus tidak mengalami kolestrol, anda salah sama sekali, ini kerana menurut kajian, seramai 30% orang berbadan kurus memiliki kolestrol yang tinggi. Jangan fikir orang berbadan gempal saja yang mengalami kolestrol ya.

Ubahlah persepsi anda sekarang, jangan mudah menghukum orang hanya kerana bentuk tubuh badannya, boleh jadi dia lebih sihat dan lebih menarik perhatian lelaki berbanding anda yang kurus itu. Wanita yang berbadan gempal teruskan bahagia dan jangan tertekan dengan cakap orang lain.

error: Content is protected !!