Tips Kuruskan Badan dan Cantikkan Muka

Turun 10 KG, Lelaki Ini Berjaya Buktikan Mampu Kurus Dalam Masa Hanya 2 Bulan

harith faisal

Topik kurus ini bukanlah perkara baru dalam bualan kita seharian. Tidak kiralah lelaki ataupun perempuan, pasti semua mengimpikan berat badan ideal. Bila dah kurus, keyakinan akan lebih tinggi. Yelah dah cantik katakan.

Namun, perkara ini selalu dianggap susah untuk dilakukan. Bukan senang nak kawal selera makan serta amalkan gaya hidup sihat. Kali ini kami nak kongsikan dengan anda tips kurus brader ini. Memang terbaik! Bayangkan boleh turun 10 kg dalam masa 2 bulan. Jom cuba!

Diet kurang kalori

teh hijau boh untuk kurus

TEH HIJAU: 2 BULAN TURUN 10 KG

Benda ni antara yang saya amalkan sepanjang saya diet 2 bulan ni. Yup! Hari ni genap 2 bulan saya mula diet. Dah dapat turun 10kg tanpa sebarang supplement. Diet kurang kalori.

Saya makan nasi, makan ayam, makan ikan, makan sayur, makan spegeti. Makan je, tapi saya kurangkan pengambilan dia. Memang tinggal air bergula kecuali masa cheat day.

Saya tak pasti betul ke tak dari segi saintifik. Tapi saya rasa sendiri, bila saya amalkan minum teh hijau ni, perut tak masuk angin, tak sebu dan tak kembung sepanjang diet saya ni.
Okay kejap. Saya google dulu. Tak sah kalau tak pakai skil menggoogle saya yang hebat sejak azali ni. Haha! Jadi, teh hijau ni katanya kalau kau amalkan dia setiap hari

1. Dapat berikan tenaga.
2. Dapat tingkatkan pembakaran lemak.
3. Dapat tingkatkan metabolisma.
4. Sekaligus, dapat turunkan berat badan.

Sila cuba kepada yang tengah diet. Yang saya buat ni memang air teh hijau kosong. Takda gula, takda susu. Mula-mula rasa memang tak sedap. Lama-lama tak sedap jugak. Eh!

Kat mana nak beli? 99 Speedmart.

Jaga kesihatan, bagus kerana badan adalah aset

Saya pakai dua brand teh hijau jenis uncang. Uncang jelah. Senang nak buat, kan. Sehari saya pakai 2-3 uncang saja. Biasa satu uncang, saya pakai 2 round sebab nak jimat.

1. Ahmad Tea Jasmine Green Tea 25 teabags harganya RM4.40 saja. (Sedap)

2. Boh Green Tea 50 Teabags harganya RM9.40 saja. (Kurang sedap)

Doakan saya dapat turun lagi a few kilo untuk sama berat masa saya zaman bujang. Jaga kewangan, bagus untuk miliki aset. Jaga kesihatan, bagus kerana badan adalah aset.

Sebelum ni hari-hari cerita pasal pengurusan kewangan dan pelaburan hartanah. Hari ni buang tebiat sikit cerita pasal pengalaman turun berat badan pulak. Lantaklah.

Kalau jumpa saya kat luar dan nampak saya dah susut berat badan, ringan-ringankanlah mulut tegur, “Eh Harith, nampak macam dah kuruslah”. Itu motivasi untuk saya.

Haha! – HF

#harithfaisal

SHARE jika bermanfaat.
TAG kawan korang yang konon tengah diet.

Nota: Next time saya akan cerita apa sarapan saya sepanjang 2 bulan ni. Stay tune! Dah lebih 7,000 SHARES dah rupanya. Habislah stok teh hijau kat 99 Speedmart minggu ni. Haha!

error: Content is protected !!