Tips Memilih Supplement Kesihatan.

0 264

tips-memilih-supplement-kesihata

Pelbagai supplement kesihatan terdapat di pasaran. Lambakan supplement kesihatan ini menyebabkan kita sebagai pengguna kadang-kadang keliru dengan supplement yang ada. Semua produk kesihatan mengatakan merekalah yang terbaik.

Sebelum anda memilih mana-mana supplement kesihatan, terdapat 3 perkara yang perlu anda ambil tahu berkenaan produk kesihatan tersebut. Ini adalah penting untuk memastikan anda tidak terpedaya dengan janji-janji manis yang diberikan semasa promosi oleh penjual.

Berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia

Untuk pengetahuan anda, semua produk kesihatan di Malaysia perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Sekiranya, terdapat penjualan produk yang tidak berdaftar, perbuatan tersebut adalah satu kesalahan di bawah Akta Jualan Dadah 1952.

Bagaimana nak tahu produk tersebut berdaftar atau tidak?

Setiap produk yang telah berdaftar dengan KKM akan terdapat nombor pendaftaran dan pelekat hologram. Nombor pendaftaran terdiri daripada MAL diikuti dengan 8 nombor dan diakhiri dengan huruf A,X,N,T atau H. Kod hujung inilah yang menentukan jenis produk tersebut. Rujuk gambar di bawah untuk lebih memahami tentang nombor pendaftaran produk.

Produk yang berdaftar adalah produk yang telah menjalani ujian yang dijalankan oleh pihak berkuasa. Oleh itu dari segi keselamatan dan kualitinya adalah lebih terjamin.

Dapatkan Nasihat Pakar

Bukan semua orang boleh mengambil supplement kesihatan. Tambahan lagi jika anda menghidapi masalah kesihatan yang lain. Sekiranya anda ada mengambil ubat-ubatan daripada hospital, pastikan anda memberitahu kepada doctor tentang supplement kesihatan yang anda ambil. Ini adalah penting untuk mengelakkan berlakunya interaksi yang tidak baik antara produk tersebut dan ubat-ubatan hospital. Satu lagi perkara yang selalu disalah anggap adalah supplement kesihatan bukanlah pengganti kepada ubat-ubat hospital yang telah diberikan kepada anda.

Alergi / Alahan

Pastikan anda membaca isi kandungan supplement yang anda nak makan. Ini adalah penting untuk mengelakkan berlaku sebarang alahan terhadap supplement yang anda makan . Sekiranya berlaku tindakbalas yang mencurigakan selepas memakan supplement kesihatan, sila hentikan mengambil supplement tersebut secara serta merta dan dapatkan nasihat daripada doctor.

Itulah secara ringkas perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum mengambil apa-apa supplement kesihatan.

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!