Tips Kuruskan Badan dan Cantikkan Muka

Tips Kurus Dari Wanita Ini Yang Berjaya Turunkan Berat Badannya Dari 104 kg ke 52.4 kg

tips kuruskan badan dalam masa seminggu tanpa ubat

Kami sangat kagum dengan usaha wanita ini untuk mencapai berat badan yang ideal dan juga menjalani gaya hidup yang sihat. Sebenarnya nak kurus ni, tidak perlu pun mengamalkan makanan tambahan seperti pil kurus ataupun yang lain-lain tapi yang paling penting adalah senaman serta disiplin diri. Ikuti perkongsian dan tips dari Puan Fiza Mukhtar bagaimana dia boleh mendapatkan tubuh badan yang langsing. Dahulu berat badannya ialah 104 kg dan kini berat badannya turun sehingga 52.4kg.

Assalamualaikum. Since terlalu ramai bertanya tentang keadaan saya, saya jelaskan disini mengenai bagaimana saya kurus dan jadi seperti harini.

2015 – Tahun saya berkahwin dan masa tu berat saya 94kg. Masa tu memang rasa badan berat tapi pedulilah asalkan ada lelaki nak. Hahaha.

2016 – Berat naik ke 104kg.10kg sejak berkahwin dan selepas mengalami keguguran untuk anak pertama.

2017 – Harini 09 July 2017, 9PM – 52.4kg

Saya x amalkan pil atau supplement atau segala jenis benda untuk kurus. Saya taknak sebab saya x selesa. Time berbadan besar dulu, saya ada la jugak hati nak mencuba untuk makan supplement kurus tapi macam x berbaloi sebab rasa membazir. Kalau kau x control makan kau, sama je. Naik balik nanti.

Sebenarnya, lepas apa yang saya lalui dan alami, nak kurus tu, tekad kita pada diri kita sendiri.Tanggungjawab pada tubuh badan kita. Saya nak kurus sebab saya nak sihat. Saya nak rasa lebih yakin. Dulu saya susah nak cari baju sebab saya pakai seluar size 44 dan baju size 5xl ke 6xl. Tekanan beb!.. X tipu!..  Alhamdulillah skrg baju size M dan seluar saya size 27 ke 28.

Nak kurus, tips kurus dari saya :

  • Jangan  Minum Air Manis
  • Jangan Makan Fast Food Fast Food
  • Jangan Makan Jajan / Snack
  • Rajin Exercise
  • Kawal pemakanan

pantang larang makanan nak kurus

Be positive with urself.If u berbadan besar and always complaint itu ini, but then u sendiri x ada effort nak reduce ur weight, sembang ke apa?.

Bersenam dan amalkan cara hidup sihat. Jangan mudah terikut dengan cara org. Lain org lain caranya. Slowly buat. Selesakan diri dengan bersenam.In shaa Allah,lama kelamaan akan nampak hasilnya.

Nak tips kulit cerah :

2x seminggu buat masker putih telur.
Nak tips apa lagi? Itu je saya boleh bagi.Tak ada rahsia apa2. Benda baik kita kongsi bersama. Doakan saya achieve untuk ke 45kg.

Tahniah diucapkan kepada Nur Hafiza binti Mukhtar atas perubahan diri yang lebih baik dan displin diri yang kuat.

Source sinarFM
error: Content is protected !!