Tips Kuruskan Badan dan Cantikkan Muka

Tips Hilangkan Mata Panda! – Lingkaran Hitam Mata

cara hilang mata panda
” Alamak, pakai makeup pun tak mampu hilangkan hitam bawah mata ni !”

Buntu mencari cara menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata? Malu dan hilang keyakinan diri apabila ditegur oleh rakan sebagai mata panda ? Inilah yang sering terjadi tidak kira usia dan jantina. Kalau perempuan masih boleh lagi nak cover mata hitam tu dengan foundation dan bedak tebal-tebal. Itu pun kalau mampu. Tapi kalau lelaki? Haaa.. kan dah pening!

Mata merupakan permata termahal yang dimiliki manusia. Mana tidaknya, setiap kali kita bertemu dengan seseorang pasti mata yang akan kita lihat dahulu! Dari Mata barulah turun ke hati kan? Oleh itu mata merupakan cermin kepada kesihatan dan kecantikan diri manusia. Jadi wajib untuk kita menjaga mata dengan sebaiknya.

5 TIPS MUDAH HILANGKAN MATA PANDA

RESEPI 1 : BAHAN : TEH

Mudahkan? Lepas minum air teh, jangan buang ya uncang teh tersebut. Tidak kira teh hijau atau teh biasa anda boleh menampalkan uncang teh tersebut di mata anda.  Tampalan menggunakan teh ini memiliki pengaruh yang sangat baik dalam menyembuhkan lingkaran hitam di bawah mata!

RESEPI 2 : BAHAN : SALAD (DAUN SLA)

Wahhhh, hijaunya bukan main! sedap kalau buat mengunyah, Ramai yang tidak tahu bahawa Daun Salad ini banyak khasiatnya. Bagi mengatasi mata letih dan bengkak pada kelopak mata, anda hanya perlu rebus beberapa daun salad di dalam air, kemudian biarkan hingga sejuk. Gunakan larutan tersebut untuk mengusap-usap mata dan kelopak mata anda. Kalau nak lebih mudah usaplah menggunakan sepotong kapas kecantikan atau kain yang bersih.

Gambar Hiasan

RESEPI 3 : BAHAN : TIMUN

Ini cara yang paling popular dan pasti ramai yang dah tahu.  Kalau nak masak tu, belilah timun extra di kedai ya. Timun merupakan senarai teratas sebagai kosmetik asli yang sangat popular lebih-lebih lagi untuk menghilangkan lingkaran di bawah mata. Malah timun juga mampu menyegarkan wajah anda. Caranya mudah saja, anda hanya perlu hiris timun dan letakkan saja di mata anda. Kalau tak cukup penuhkan saja muka anda dengan timun. Pasti lingkaran hitam di mata hilang dan wajah lebih segar!

RESEPI 4 : BAHAN : KENTANG

Hirisan kentang yang diletakkan di atas mata sebagai mask sebenarnya cukup berkesan untuk menghilangkan lingkaran dan bengkak di bawah mata. Selain itu, kentang juga merupakan terapi untuk mengatasi jangkitan mata. Caranya mudah saja, selain menghiris kentang dan diletakkan di atas mata, anda juga boleh menyapu bahagian yang mengalami jangkitan dengan perahan kentang. Tak percaya? Anda mesti cuba!

RESEPI 5 : BAHAN : GARAM

Garam? Siapa sangka garam juga merupakan salah satu cara untuk menghilangkan mata panda dan bengkak pada mata. Anda hanya perlu mandi air suam yang telah dilaruti garam dengan kadar yang cukup. Semasa mandi buka dan pejamkan mata berkali-kali. Atau anda juga boleh menggunakan sepotong kapas muka. Caranya mudah! hanya perlu basahkan kapas muka tersebut dengan larutan garam suam dan letakkan di atas mata, maka ia akan mengatasi bengkak di bawah mata!

WAJIB TAHU !

  • Anda perlu tahu bahawa TIDUR sangat penting kerana tidur itulah yang akan merehatkan diri kita terutama pada bahagian mata. Usahakan tidur sebelum jam 11 malam, 6-8 jam. Kurangnya tidur akan menyebabkan sirkulasi darah pada bahagian bawah mata terhambat dan terjadilah mata panda! Tidak mahu kan? Jadi TIDURLAH SECUKUPNYA.
  • Selain itu, TELEVISYEN / KOMPUTER / GAJET ELEKTRONIK juga merupakan musuh mata yang utama kerana akan menyebabkan ketegangan saraf, sukar untuk tidur (isomnia) dan pening akibat keletihan mata. Oleh itu, jaga jarak ketika menonton tv atau sedang melakukan tugasan serta hindarilah tabiat suka MEMATIKAN LAMPU ketika menonton kerana akan memberian tekanan pada mata.

SELAMAT MENCUBA gais !

error: Content is protected !!