Tips Kuruskan Badan dan Cantikkan Muka

Takut Terjadi Pada Diri Sendiri. Lelaki Ini Berjaya Kurangkan 110kg – 65kg (45kg) Dalam Tempoh 4 Bulan

  lelaki-ini-berjaya-kurang-45kg

Suatu ketika dulu, niat untuk menguruskan badan hanya sekadar mimpi yang tiada kesudahan. Makanan itu seperti teman baik, terasa rugi jika tidak dijamah. Apa lagi kalau ibu tersayang yang memasak. Siapa yang mampu bertahan kan? Kalau ibu kita yang masak, lagi-lagi makanan kegemaran kita. Lelaki ini kawan kepada penulis dan dikenali sebagai Mohammad Amiruddin Hamdan, penuntut tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial, Universiti Utara Malaysia ini berkongsi cerita bagaimana beliau boleh mengurangkan 45kg dalam tempoh 4 bulan.

TERSEDAR DARI LAMUNAN!

Walaupun seringkali diejek oleh kawan-kawan, perkara itu seperti sudah lali sehingga suatu hari, ketika dia melihat seorang gadis yang berbadan lebih berisi dari dirinya. Gadis itu sering diejek dan ditertawakan kerana berbadan besar sehingga seringkali terjadi perkara-perkara yang memalukan seperti kerusi patah sehingga gadis itu terpaksa berdiri sepanjang perbincangan kerana tiada tempat duduk yang muat dengan dirinya, jatuh tangga, lambat berjalan dan bermaca-macam lagi, membuatkan dirinya begitu tertekan.

Takut terjadi perkara itu dengan dirinya, beliau terus menanamkan impian untuk menguruskan badannya supaya sihat dan memudahkan aktiviti harian beliau. Jika dulu, setiap masa yang terluang akan di isi untuk tidur, sekarang tidak lagi.

TIPS YANG DIAMALKAN??

Sarapan

  • 1 roti coklat Gardenia
  • Air masak

Makan Tengahari

  • Nasi (dua senduk – jangan sampai membukit)
  • Ikan goreng / ayam
  • Sayur-sayuran

Malam sebelum pukul 8 pm

  • Tak perlu makan! kalau lapar sangat boleh makan
  • Sup / telur dadar

lelaki kurus cepat

PESANAN

  • Minum air 2 liter sehari (cara nak tau air cukup atau tak dalam badan, pantau air kencing kita dari warna kepekatan sampai mengeluarkan air kencing bewarna putih jernih)
  • Jangan minum air manis (kalau teringin sangat boleh tapi satu gelas je, jangan lebih)
  • Minum air green tea

exercise untuk kuruskan badan

EXERCISE PENTING!

  • 1 JAM SEHARI (JOGGING) + PUSH UP + SITS UP
  • JADIKAN SUKAN SEBAGAI TEMAN BAIK (FUTSAL / BOLA TAMPAR / BADMINTON)
  • BANYAKKAN BERGERAK BUKAN TIDUR!
  • SAPU MINYAK SEPERTI LOTION MUSTAJAB SEBELUM BERAKTIVITI SUPAYA BADAN LEBIH CEPAT BERPELUH.

Sekarang beliau sudah berjaya mengurangkan berat badan dari 110kg ke 65kg. Permulaan itu memang susah namun SEMANGAT dan JANGAN CEPAT BERPUTUS ASA perlu ada dalam diri. Bila dah biasa tiada lagi masalah dan anda akan rasa diri lebih SIHAT & CERGAS daripada sebelumnya. Malah akan timbul perasaan seronok untuk diet.

SELAMAT MENCUBA gais !

error: Content is protected !!