Tips Kuruskan Badan dan Cantikkan Muka

Senarai Makanan Malaysia Ini Paling Banyak Kalori

kalori nasi putih

Makanan di Malaysia adalah antara makanan yang paling kompleks dan sedap di dunia. Tengok sahaja bagaimana rendang daging dan ayam dibuat, ianya agak sukar tapi sedap untuk dimakan. Selain dari itu, rakyat Malaysia juga suka makan makanan yang manis terutamanya yang berada di pantai timur.

Kalori disumbangkan terutamanya oleh karbohidrat dan gula. Dan ini adalah antara penyebab utama kegemukan. Setiap orang ada tahap keperluan masing-masing dan apabila pengambilan melebihi keperluan, gula dan karbohidrat berlebihan akan ditukarkan kepada lemak.

Keperluan kalori untuk individu amat penting untuk mereka yang dalam proses berdiet untuk menurunkan berat badan. Ini akan menjadi kayu ukur perubahan pemakanan anda dan memudahkan anda memantau gaya pemakanan anda.

5 Makanan ini adalah antara yang mempunyai kalori paling tinggi

nasi lemak ayam berempah

gambar : fairuzloy

Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah

Nasi lemak adalah makanan paling ‘hot’ untuk sarapan pagi di Malaysia. Kalori dalam nasi lemak ayam berempah adalah sebanyak 490kcal. Belum tambah air teh tarik ‘kaww’.

soto ayam

Soto Ayam

Soto ayam pun satu lagi makanan yang kerap diambil sebagai sarapan. Kalori dalam Soto Ayam adalah sebanyak 510kcal. Lebih banyak nasi impit dalam set tu, lagi banyak kalorinya.

mee bandung

Mee bandung

Mee bandung memang terkenal di Muar. Sampai di negeri lain pun bagi nama mee bandung Muar. Memang sedap tapi secara purata ia mengandungi 550kcal.

mee kari

Mee Kari

Selain itu, mee kari juga adalah antara makan harian rakyat Malaysia. Mee kari mengandungi 530 kcal untuk setiap set hidangan.

nasi beriani, kalori nasi beriani

Set Nasi Beriani

Nasi beriani adalah nasi yang selalu kita jumpa semasa majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dan lain-lain. Untuk pengetahuan anda, setiap set nasi beriani mengandungi 490kcal.

Lain-lain :

Kategori: Makanan Ruji

  • Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
  • Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
  • Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
  • Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
  • Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
  • Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
  • Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
  • Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
  • Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
  • Roti putih (2 keping) = 156 kalori
  • Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
  • Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
  • Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
  • Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Buah-buahan

  • Tembikai (sepotong) = 20 kalori
  • Betik (sepotong) = 45 kalori
  • Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
  • Durian (5 ulas) = 64 kalori
  • Limau (sebiji) = 42 kalori
  • Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
  • Nenas (sepotong) = 59 kalori
  • Epal (sebiji) = 63 kalori
  • Ciku (sebiji) = 44 kalori
  • Mangga (sebiji) = 103 kalori

Kategori: Lauk Pauk

  • Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
  • Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
  • Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
  • Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
  • Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
  • Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
  • Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
  • Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
  • Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
  • Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
  • Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
  • Taufufa goreng (sekeping) = 110 kalori
  • Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Kuih Muih

  • Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
  • Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
  • Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
  • Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
  • Popia goreng (satu) = 130 kalori
  • Popia basah (satu) = 95 kalori
  • Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
  • Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
  • Karipap (sebiji) = 130 kalori
  • Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
  • Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Makanan Segera

  • Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
  • Nugget ayam (satu) = 60 kalori
  • Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
  • Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
  • Burger keju (satu) = 425 kalori
  • Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
  • Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
  • Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Ini hanyalah sebahagian dari makanan di Malaysia yang popular. Tambahan lagi jika dalam masa yang sama mengambil air minuman bergula seperti teh tarik, air sirap bandung dan lain-lain, kalori juga kan bertambah.

Pastikan anda mengetahui jumlah kalori yang diperlukan oleh badan dan juga mengambil tahu nilai kalori dalam makanan jika anda nak berdiet dan sedang berusaha untuk menurunkan berat badan.

error: Content is protected !!