Tips Kuruskan Badan dan Cantikkan Muka

Selebriti Malaysia Yang Dulu Saiz XL Sekarang S

Selebriti adalah halwa mata untuk kebanyakan orang. Apa yang dilakukan oleh selebriti biasanya akan menjadi ikutan. Selagi mana ianya baik, tidak menjadi masalah. Kali ini saya nak kongsikan beberapa orang selebriti yang dah berjaya menurunkan berat badan secara natural tanpa pembedahan mahupun ubat pelangsing.

aizat-amdan-kurus

Aizat Amdan

Siapa yang tak kenal dengan penyanyi Aizat Amdan kan? Dia ni dulu adalah peserta Akademi Fantasia dan kemudiannya pernah juga masuk Juara Lagu. Masa kemunculannya dalam dunia seni di Malaysia, badannya agak sihat tetapi tidak lah terlalu gemuk.

Kemudian Aizat Amdan muncul kembali dengan penampilan yang baru. Badan yang lebih kurus berbanding sebelumnya dan kelihatan lebih berkeyakinan. Apabila ditanyakan soalan berkaitan proses beliau menurunkan berat badan, ini adalah jawapan yang diberikan:

“Untuk kurus bukanlah sesuatu yang mudah dan untuk sampai ke tahap sekarang (kurus) memakan masa lima hingga enam bulan. Yang paling penting kawal pemakanan dan jangan sesekali tidak bersenam.”

Sebelum berdiet, berat badan Aizat Amdan adalah 112kg dan kini beratnya hanya 70kg.

Nik Sayyidah Fatiha Yazid (Mek Salam Pantai Timur)

Artis yang terkenal dahulunya dengan sitcom Salam Pantai Timur ini memang dahulunya kelihatan agak sihat. Tetapi gambar terkini artis tersebut menunjukkan bahawa beliau kini telah berjaya menurunkan berat badannya. Beliau berjaya menurunkan berat badan daripada 103kg kepada 59kg dalam masa 8 bulan.

Ini adalah apa yang beliau amalkan.

“Saya tak makan nasi, daging, ayam, benda-benda yang manis dan juga bergula. Dah lapan bulan saya tak makan nasi.”

“Setiap hari sarapan cuma sebiji epal hijau dan secawan kopi. Tengah hari tak makan dan petang sikit baru makan mihun atau kuetiau tomyam. Saya juga banyakkan minum air mineral sekurang-kurangnya empat botol kecil sehari dan minum teh herba yang mama buat.”

“Setiap hari saya akan bersenam selama dua jam iaitu dengan berlari atas threadmill. Kalau balik ke Kelantan, saya ikut kelas aerobik yang mama buat. Mama saya guru aerobik.”

rahsia-zulin-aziz-kurus

Zulin Aziz

Penyampai radio Suria FM, Zulin Aziz juga antara selebriti yang telah berjaya menurunkan berat badan. Beliau berjaya menurunkan berat badan 10kg dalam masa 1 bulan sahaja tanpa apa-apa ubat pelangsing badan.

Apa yang diamalkan hanyalah diet seimbang dan senaman secara konsisten.

Sekarang soalan kepada anda. Apa bezanya anda dan mereka? Jika mereka berjaya melakukannya, anda pun sebenarnya boleh lakukannya. Apa yang penting kekentalan dan kekuatan dalaman anda.

error: Content is protected !!