Tips Kuruskan Badan dan Cantikkan Muka

Punca Sakit Belakang

sakit belakang

Sakit belakang merupakan perkara yang sering terjadi kepada manusia, namun janganlah kita membiarkan keadaan ini menjadi perkara biasa kerana sakit belakang akan menjejaskan akitiviti dan kualiti hidup anda. Ramai yang tertanya-tanya apakah sebenarnya punca penyebab seseorang itu mengalami sakit belakang? Tahukah anda sebenarnya kadangkala tabiat buruk dalam kehidupan seharian kita sangat memberi kesan kepada masalah ini. Jom baca artikel ini sampai habis untuk mengetahui tabiat buruk yang anda patut elakkan supaya anda tidak lagi sakit belakang !

1. Telalu banyak makan makanan ringan

Pengambilan makanan yang berkalri tinggi dan kurang nutrien sebenarnya boleh menyebabkan berat badan anda naik. Hal ini akan membebankan tulang belakang anda. Berat badan yang berlebihan pada bahagian tengah badan akan menyebabkan tulang pelvis anda tertarik keatas dan akan mengakibatkan tekanan pada tulang belakang. Individu yang obes sebenarnya lebih cenderung untuk mengidap penyakit osteoarthritis. Oleh itu, anda dinasihatkan supaya mengurangkan berat badan sebanyak 5 hingga 10 peratus untuk mengurangkan sakit belakang anda.

2. Malas bersenam

Senaman sangat penting untuk mebina otot-otot untuk menyokong tulang belakang anda. Jika anda merupakan pengidap sakit belakang yang kronik, anda pasti sudah biasa dengan fisioterapi.

Fisioterapi merupakan salah satu bentuk senaman yang khas untuk membina otot-otot untuk menyokong tulang belakang anda. Salah satu cara untuk menguatkan otot belakang adalah dengan berenang.

Otot pada badan kita akan menjadi keras dan kejang, malah boleh juga menyebabkan disc tulang belakang anda lari apabila kurang bersenam. Oleh yang demikian, kita perlulah meluangkan masa sedekit sekitar 1 jam setiap hari untuk bersenam supaya tubuh badan akan sentiasa sihat.

3. Tekanan Perasaan / Stress

Golongan yang selalu mengalami tekanan perasaan ini ialah golongan wanita, lagi-lagi ditambah pula dengan waktu PMS. Horman yang tidak stabil itu akan membuatkan emosi seseorang individu itu sukar untuk dikawal. Untuk pengetahuan anda, tekanan perasaan sebenarnya boleh menyebabkan sakit belakang. Hal ini terjadi apabila seluruh badan anda turut tertekan termasuklah otot disekitar leher dan tulang belakang. Otot and akan menjadi ltegang dan sakit apabila anda tidak dapat mengawal tekanan perasaan anda. Oleh yeng demikian, anda perlulah mengurangi tekanan pada diri anda dengan melakukan aktiviti yang menyenangkan seperti, bersenam, menghirup udara segar, berbual dengan rakan baik dan sebagainya. InshaAllah sakit belakang anda akan beransur berkurangan.

4. Duduk

Tahukah anda bahawa jika anda duduk berlebihan juga merupakan salah satu tabiat dan punca anda sakit belakang. Ini merupakan peringatan kepada semua individu yang bekerja dihadapan komputer dan memerlukan anda duduk sepanjang hari. Aktiviti ini mungkin sangat selesa dan tidak memenatkan. Namun duduk berlebihan ini merupakan aktiviti yang sangat tidak sihat. Kebanyakan individu tidak mengekalkan postur tubuh yang sepatutnya ketika duduk. Keadaan ini telah melemahkan otot pada tubuh anda. Oleh itu, anda disarankan untuk bergerak dan berjalan seketika untuk melegakan otot dan mengelakkan diri anda dari sakit belakang.

5. Pendendam

Haaaaa.. Jangan terkejut! sebenarnya pendendam atau orang yang suka menyimpan dendam akan menghadapi tekanan, kemarahan, kebencian dan kesakitan yang lebih berbanding dengan orang yang pemaaf. Apabila kita berdendam, secara tidak langsung akan memberi tekanan pada emosi dan ini akan mengakibatkan ketegangan otot.  Malah, menyimpan dendam juga akan mempengaruhi emosi diri anda ke arah yang negatif. Jadi marilah kita sama-sama menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh. Jangan menyimpan dendam kepada orang yang berbuat jahat pada diri kita supaya hidup kita lebih tenang, emosi kita tidak tertekan malah diri kita akan sentiasa sihat serta positf!

6. Kasut tinggi atau kasut tiada tumit.

Tahukah anda bahawa pemakaian kasut tinggi akan memberikan tekanan pada otot sendi kerana anda akan memaksa badan untuk melengkung. Selain itu, kasut tanpa tumit juga sebenarnya tidak elok bergantung pada jenis kaki anda. Sandal yang tidak menyokong belakang anda juga bukan sahaja merosakkan belakang anda, malah akan mengakibatkan pengagihan berat badan yang tidak sekata pada kaki. Setiap orang sebenarnya mempunyai ketinggian kasut bertumit tinggi yang ideal mengikut saiz dan tinggi masing-masing.

7. Angkat barang berat

Aktiviti ini adalah sangat tidak bagus terutama kepada golongan wanita. Mengangkat barang yang berat akan mengakibatkan ketidakseimbangan pada bahu dan tulang belakang anda. Kaum wanita terkenal dengan membawa beg tangan yang berat. Semakin besar beg, semakin banyak pula barang yang ingin dibawa kan? Jadi tukarlah beg tangan anda kepada size yang lebih kecil supaya anda akan mengurangkan isi didalam beg tersebut. Anda pasti tidak mahu bahu anda senget sebelah kan? heheh. Itu akan menjejaskan penampilan anda!

8. Tilam tidur lama

Kajian telak menunjukkan bahawa tilam yang bagus merupakan tilam yang bertahan 8 hingga ke 10 tahun. Jika tilam yang telah digunakan melebihi 10 tahun, kemungkinan akan menyebabkan tulang belakang anda tidak memperolehi sokongan yang sepatutnya. Gantikan tilam anda dengan tilam yang berifat sederhana. Tidak terlalu keras dan tidak juga terlalu lembut.

error: Content is protected !!