Tips Kuruskan Badan dan Cantikkan Muka

Penat Diperli Dan Diejek, Gadis Jelita Ini Tekad Turunkan Berat Badan! Dah Kurus Baru Nak Mengaku Kawan Yeeee..

perempuan kurus dan cantik

TEMBAM? CHUBBY? GEMOKSS? MONTEL? KUAT MAKAN? PEMALAS? BURUK? BUSUK? haaa.. orang-orang yang berbadan besar sahaja yang tahu bagaimana perasaan sakit hati apabila dipanggil sebegitu. Bukan itu sahaja pipi dan lemak-lemak dibadan pun sering dicubit! Huhhh, pasti terasa sakit luar dan dalam kan?  Namun panggilan-panggilan itu tidak pernah memutuskan semangat gadis jelita ini untuk membuktikan pada dirinya sendiri bahawa dia boleh melakukan yang terbaik! Bukan untuk orang lain yaa.. tapi untuk DIRI SENDIRI!

Sempat saya mencungkil rahsia dengan gadis berusia 24 tahun ini bernama Wan Zulfa ini, yang mesra dipanggil nama Fa. Semoga menjadi inspirasi anda di luar sana.

Turun 12kg

Pasti akan ada yang berkata,  “Alaaa, 62kg pun gemok ke? Aku lagi besar! ” Manusia memang suka mengata orang.. Kurus salah, gemuk salah, macam diri tu bagus sangat ya? haaa.. Untuk cantik elakkan diri dari mengata ya.. Biar kita cantik luar dan dalam. Gadis ini telah berjaya menurunkan beratnya daripada 62kg kepada 50kg. Sebanyak 12kg loss dalam tempoh 9 bulan. Apa pula tips yang diamalkan oleh gadis jelita ini?

Okay, ADA 2 TIPS!

1. “Jenis yang susah jaga makan (like me) memang kena rajin senam…1 set of squad is 50 and need to do 2 sets min per day… jogging 2 hours and kalau nak lebih cepat 4hours… Masa tu kan tengah cuti so what I did is pagi at 8 pergi jogging, pukul 10 pergi gym until 12… Fa tak skip breakfast…yang ni lambat sikit works sbb Fa makan mcm biasa tak ade pantang…sebab tu makan masa 9 bulan”.

berat badan turun
Berat 55kg

2. “Yang ni bila badan Fa naik 55kg sebab now badan Fa naik max 55kg min 50kg, memang maintain.This one Fa try kurangkan makan.

Fa makan only breakfast and lunch. Ikut pada fa…BREAKFAST usually  Nasi lemak or mee goreng yang tak banyak minyak… For LUNCH kadang-kadang makan sayur sahaja atau nasi 1 senduk, ayam and MESTI ada sayur for digestion… DINNER kalau lapar eat only cereal with milk or sup sayur or yang bersoup no nasi! (make sure makan at 7.30pm and don’t eat at all after 9pm) senam pun sikit2 je like 1-2 hours walk and sit up pun 20-30… Within 2 month, tak smpai pun boleh kurang 5kg”.

berat badan 50kg
Berat 50kg

Gemok – Selalu Dipandang Rendah.

” Waktu Fa badan berisi dulu, Fa selalu diperli dan lemak dicubit-cubit oleh kawan rapat sendiri. Ada cikgu tu macam tak suka pada Fa because that time Fa tak menonjol sangat. Cikgu tu smpai dia benci fa sebab tak pandai, tak ada rupa dan nobody… Ada je yang result lagi teruk tapi because fa simple and selekeh, pakai tudung labuh, cikgu tu hate me so much sampai dia campak kertas result Fa! Lagi buat kita rase down bila kita ada kawan yang cantik perli-perli kita… That time kawan Fa tu was my best friend tapi dia tak pernah mengaku dia best friend Fa… Fa ingat lagi bila ada org tanya fa ni best friend dia kan? and she says no… Sedangkan everything she tell me and we even sit together in class… I give time to myself… Habis je exam yang dinantikan, Fa and a real bestfriend of mine always pergi gym and jogging”.

wan zulfa kurus

Kurus – Lain Macam Layanan.

” Dari segi layanan sangat berbeza! Yang tak best friend pun dah cakap best friend… Pujian pun macam-macam and that cikgu pun puji bukan main lagi. Tapi in terms of self, kita jangan pernah lupa siapa kita dulu dan sekarang. Kita tetap sama and jangan pernah lupakan kawan yang bersama kita yang terima kita seadanya… Yang penting jangan sombong dan lupa diri… Org puji mcm mana pun, jangan kita termakan… hahaha… ”

” Tapi Fa tetap nak say thank you yang suka perli-perli Fa, sebab mereka bantu Fa juga untuk kurus! Cuma kalau tak kena orang tu mentally torture! Sebab kita sebagai kawan ajak bersama bukan perli-perli”.

Tampal Kata-Kata Kesat Mereka Di Dinding.

” Letak satu gambar body shape yang kita nak and tulis kata-kata semangat dalam bilik dan tampal. Tulis kata-kata kesat dari orang… Keep reminding yourself what you want… Dengan kebenaran dari Allah dan kemahuan kita, semua boleh jadi… Kita nak hasil yang puas hati kita, kita kena korban sikit lapar tu… Usually the first and 2nd week tu memang merana tapi lepas tu dah biasa, akan okey pnye.. ”

wan zulfa

Teruskan Semangat!

” Set your mind,what you want. Look at yourself and ask nak lebih bertenaga atau nak lebih malas? Based on experience Fa kan, masa badan fa berisi, Fa malas… Tak ade semangat langsung! Tapi bila badan fit and makan pun healthy, badan rase ringan and rajin… And mostly we need encouragement… Fa gunakan ape yg telah berlaku dalam hidup Fa to encourage me to be somebody new… Setiap kali sesuatu yg sedih berlaku dalam hidup, I will change some part of me untuk jadi lebih bersemangat. Sebabnya benda sedih yang berlaku tu, ada a part of it salah kita sebab masalah tak akan timbul sebelah pihak je kan? haaa… Jangan gunakan perkataan ‘tak apelah’ dalam diet and always reward yourself each success that you achieve…”.

Haaaa, sekarang jangan telan air liur tengok orang lain makin kurus. Entah-entah kita yang duk mengata ni makin gemuk! hehee. Sama-sama kita jaga kesihatan ya?

error: Content is protected !!