Netizen Persoal Tak Bahaya Ke Berat Rahim Turun Mendadak? Ini Jawapan Jurulatih Rahim

misi-xl-rahim-kurus

Rahim Sepahtu ketika ini sedang menyahut misi untuk menurunkan berat badan dalam masa 5 minggu. Sasaran misi ini adalah Rahim akan berjaya mengubah saiz bajunya daripada XXL kepada XL dalam masa 5 minggu dengan bantuan jurulatih yang dipanggil khas iaitu Coach Amirul Agam dan juga Coach Siti Aminah Borhan.

Selepas 15 hari sesi latihan Rahim berjaya menurunkan berat badan sebanyak 16kg. Dan disebabkan itu, ramai yang tertanya – tanya dan mempersoalkan bagaimana Rahim boleh lakukan sedemikian.

BACA : Misi XL Rahim Sepahtu, Dah Berjaya Turunkan 13 Kg!

Pemakanan Rahim pula dipantau oleh QFit Meal untuk memastikan Rahim mendapat nutrisi yang cukup.

Selain itu ada juga pihak yang mengatakan penurunan berat Badan Rahim Sepahtu secara mendadak membahayakan kesihatan dirinya.

Dengan ini, jurulatih mereka sendiri tampil memberi kenyataan mengenai isu tersebut.

#MISIXLRAHIM – TAK BAHAYA KE BERAT RAHIM TURUN SECARA DRASTIK?

Ramai yang tertanya – tanya dan pelik kenapa Rahim Sepahtu berjaya menurunkan berat badan dengan banyak – 16 KG dalam masa 15 Hari.

Ramai PM saya tanya tak bahaya ke cara training macam tu?

Dekat sini saya jelaskan dari segi pemakanan Rahim, saya dan Siti Aminah mengira makro badan beliau, maksudnya berapa gram pemakanan yang beliau perlukan dalam sehari. Rahim masih lagi makan 6-7kali sehari termasuk snack seperti buah dan kacang.

Dari segi latihan, saya mulakan dengan asas sehinggalah ke tahap yang ini, saya ikut apa yang badan dia beri tindak balas. Saya gabungkan pengalaman dan ilmu yg ada untuk bagi dekat training Rahim.

Penurunan Rahim yang terlalu drastik adalah disebabkan pembuangan berat air didalam badan,yang mana semua orang akan melalui fasa gemok air.Jadi tak hairanlah beliau mampu turun dengan begitu banyak tetapi tetap dengan pemakanan dan training yang betul.

InsyAllah setiap training dan pemakanan saya ambil ambil berat sebab tak nak memudaratkan kesihatan beliau.

Saya rasa sangat bangga sebab dengan keadaan umur beliau yang mencecah 47tahun tetapi masih boleh bagi 100% dengan latihan dan pemakanan.

jurulatih-kuruskan-badan
Coach Agam dan Amy

Kalau ada apa-apa keraguan boleh tanya direct dengan saya atau Siti Aminah, jangan seberangan keluar statement takut timbul fitnah nanti ya.

Source sinarFM

You might also like More from author

1 Comment

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!