Tips Kuruskan Badan dan Cantikkan Muka

Nak Kurus Cepat Turun 20kg Bermula Esok Pagi

nak-kurus-cepat

Mane boleh! Mesti ini yang bermain di fikiran anda semasa mula-mula membaca tajuk artikel ini. Tapi dalam masa sama mesti anda nak tahu betul ke tak boleh turun berat badan 20kg bermula esok pagi.

Sebenarnya tak mustahil untuk mula kurus bermula dari esok pagi. Tapi anda perlu patuh dan taat pada peraturan yang saya akan senaraikan ini. Tak ikut, gagal pasti menanti!

Bermula sekarang!

Esoklah.. Nantilah.. Lain kalilah.. Itu semua perkataan yang akan menggagalkan anda untuk kurus. Kenapa jika bab makan anda tak bertangguh, tapi bila bab nak kurus ni nak bertangguh-tangguh pula? Ini semua adalah bermula dari diri anda sendiri. Anda perlu tetapkan matlamat yang RASIONAL untuk diri anda.

Sifirnya cukup mudah. Mula sekarang, tetapkan matlamat dan usaha. Jika anda patuh pada prinsip ini, anda bukan mula kurus esok, tapi anda sebenarnya dah mula kurus sekarang!

Ilmu! Ilmu! Ilmu!

Orang yang nak berlari, kena ada ilmu larian. Orang yang nak berenang kena ada ilmu berenang. Nak kurus cepat? Mestilah kena ada ilmu kurus cepat!. Dalam dunia ni ada macam-macam cara untuk kurus. Diet Atkin, Diet Seimbang, Diet Detox dan lain-lain lagi jenis diet. Semuanya akan berkesan jika anda ada ilmu yang betul.

Buang Tabiat!

Ok. Jangan salah faham ye. Apa yang saya maksudkan adalah buang tabiat yang buruk terutamanya dalam bab gaya pemakanan dan juga gaya hidup. Jika dulu suka makan burger malam-malam, nak kurus cepat, tolong buang tabiat tu. Jika dulu suka tidur lepas subuh, lepas ni sila pergi jogging lepas subuh. Itulah yang terbaik untuk kurus cepat.

Jangan Pentingkan Diri Sendiri!

Sila tengok kiri, kanan, depan dan belakang. Ada suami? Ada isteri? Ada adik beradik? Apa kata ajak sekali mereka untuk kurus bersama. Biasanya orang yang mempunyai masalah berat badan salah satunya adalah daripada sebab keturunan. Jadi kenapa nak kurus sorang-sorang sedangkan anda boleh kurus secara berjemaah. Kan berjemaah itu lebih baik. Ini juga baik untuk motivasi diri anda.

error: Content is protected !!