Tips Kuruskan Badan dan Cantikkan Muka

Makan Sayur Bayam Kalau Nak Cepat Kurus

khasiat sayur bayam

Jangan terkejut jika kami katakan sayur bayam atau makan ‘Popeye’ adalah sayur terbaik jika anda nak cepat kurus dan langsing! Selain bayam ada 3 lagi jenis sayur yang sangat disarankan untuk makan ketika berdiet. Lagi cepat kurus dan memang berkesan!
tomato kalori rendah

1. Tomato

Tomato dipercayai mempunyai tahap kalori sangat rendah. Jadi buah tomato sangat sesuai diambil semasa diet. Tomato boleh membantu badan anda memperbaiki sistem penghadaman dan hati. Selain itu, mencegah daripada berlakunya sembelit, lebih-lebih lagi jika dicampurkan dengan bayam yang dikisar menjadi smoothy.

khasiat timun

2. Timun

Timun membantu proses menurunkan berat badan dengan cepat. Sayur ini hanya mengandungi 45 kalori sahaja. Timun juga kaya dengan air dan sodium yang baik untuk sistem imunisasi badan.

khasiat brokoli

3. Sayur Brokoli

Brokoli Sayur ini mengandungi antioksidan yang boleh menyegarkan tubuh ketika berdiet. Selain itu sayur ini juga menghalang dari kanser dan membantu menurunkan berat badan.

khasiat bayam untuk kurus

4. Sayur Bayam

Bayam mengandungi sumber vitamin A,E,C dan K. Bayam memiliki kemampuan dalam mempertahankan air dan kandungan serat tinggi. Hanya ambil 2 cawan bayam sehari mampu menurunkan berat badan secara efektif. Bayam yang mengandungi serat yang tinggi sangat efektif membantu menyihatkan organ pencernaan di samping mencegah sebarang gangguan masalah pencernaan.

Kandungan serat yang agak tinggi pada bayam juga akan membantu orang yang mengamalkannya untuk menjadi kurus. Serat yang tinggi akan membolehkan kita berasa kenyang lebih lama. Apabila kita kenyang, ia akan mencegah kita untuk makan secara berlebihan.

Source OMM
error: Content is protected !!