Tips Kuruskan Badan dan Cantikkan Muka

Kesilapan Yang Menjadikan Diet Atkins Bahaya

bahaya-diet-atkins

Diet Atkins adalah diet yang menghadkan pengambilan kerbohidrat untuk memaksa tubuh badan menggunakan lemak berlebihan sebagai sumber tenaga. Ini seterusnya akan membantu anda untuk menurunkan berat badan dalam masa yang  singkat. Walau bagaimana pun mana-mana jenis diet pun yang dilakukan secara berlebihan pastinya boleh mendatangkan kemudaratan dan berbahaya kepada kesihatan tubuh badan anda.

Berikut adalah beberapa perkara yang menjadi kesilapan bagi pengamal diet Atkins yang boleh membahayakan kesihatan diri mereka sendiri.

Tak Makan Langsung

Badan anda memerlukan tenaga. Jika anda tidak makan langsung, badan anda akan terkejut dan boleh menyebabkan masalah metabolism badan yang lebih buruk yang boleh memudaratkan diri anda. Pastikan anda mengambil makanan 5 kali sehari mengikut menu diet Atkins yang telah ditetapkan.

Tiada Sumber Karbohidrat Langsung

Fasa awal diet Atkins menghadkan pengambilan  gula dan karbohidrat ke tahap yang minimum iaitu secara purata 20 gram sehari. 20 gram karbohidrat ini adalah penting untuk memastikan sistem tubuh berjalan secara normal dan mengelakkan terdapat karbohidrat berlebihan yang ditukarkan kepada lemak.  Walau pun begitu karbohidrat yang diperlukan ini bukanlah diambil daripada gula tambahan seperti dalam minuman ringan atau buah-buahan. Sumber karbohidrat ini boleh diperolehi daripada sumber sayur-sayuran hijau yang dibenarkan dalam menu diet Atkins.

Makanan tidak seimbang

Semasa dalam fasa 1 diet Atkins, hampir semua sumber utama gula dan karbohidrat adalah dilarang sama sekali. Ini meninggalkan makanan yang kebanyakannya merupakan sumber protein dan lemak seperti daging dana yam dalam diet Atkins anda. Pengambilan daging dan ayam yang terlalu banyak juga tidak baik untuk kesihatan kerana ianya mengadungi lemak tepu dan kolesterol yang tinggi. Pengambilan yang tidak seimbang dengan makanan lain seperti sayur-sayuran hijau akan menyebabkan risiko anda  mengalami tekanan darah tinggi atau sakit jantung meningkat.

Oleh itu, pengambilan makanan secara seimbang antara makanan yang dibenarkan dalam diet Atkins adalah penting untuk memasstikan anda dapat menurunkan berat badan dan mengekalkan kesihatan diri anda secara keseluruhannya.

error: Content is protected !!