Tips Kuruskan Badan dan Cantikkan Muka

Jom Kurus ! Semangat-semangat !!!

 

“Alaaaaaa… ruginya rasa kalau tak makan!”

“esoklahh start diet! Hari ni nak makan dulu”

“penatlah exercise! nak makannnnn! ”

“alaaa, okayla badan aku ni, tak adalah gemuk sangat! orang je dengki lebih!”

STOP, STOP, STOPPPP!!!

 

Cukup-cukuplah tipu diri sendiri! 1000x kata nak diet tapi tak diet! Impian nak kurus tapi makan tak sedar diri! Exercise pulak malasssss! Apa nak jadi ni….?? Lepas tu sibuk pakai baju nak gelap-gelap, ambil gambar tu amboi bukan main angle kena betul! haha.. Penulis pun sama jugak tertekan orang duk kata makin gemuk, mana tidaknya.. sedap betul makan yee.. =( Orang kata permulaan itu sukar dan harus sentiasa bersemangat sampailah jadi tabiat. Okaylahhhh, apa kata kita sahut cabaran kurus nie sama-sama ! =D

 

NIAT

  • Haaa, Niat tu nak kena betul ya! Tanya balik dengan diri sendiri kenapa ? Seelok-eloknya niatkanlah nak diet tu kerana Allah S.W.T dan yang paling penting supaya diri kita lebih sihat tanpa sebarang penyakit.
  • Tampal niat anda di bilik! kalau nak lebih mencabar tampal kata-kata kesat yang anda dapat waktu badan anda Gemuk! Supaya hati anda terbakar lebih untuk menjaga kesihatan! Tapi jangan lah hati je terbakar , lemak di badan tu tak terbakar pulak ! hmmm..

>> : Kadang-kadang bagus juga orang yang mengata kita ni! haha percaya atau tak disebabkan mulut puaka mereka ni jugaklah yang akan buat kita down dan rasa semangat!

 

SURVEY DIET

  • BACA jenis-jenis diet! sekarang semua dah di hujung jari, banyak info mengenai diet yang perlu anda tahu. Tak semua diet akan sesuai dengan badan kita, namun tidak salah untuk mencuba!
  • Kadang-kadang anda dah rasa anda diet, tapi CARA SALAH, BERAT TAK TURUN, dan anda mula kecewa lebih.. lepastu bila kecewa mulalah makan banyak balik! Jangan yeee.. Ilmu perlu ada!

>> : InshaAllah, Kurus dan Cantik akan post jenis-jenis diet lepas ni! jadi teruskan membaca dan subscribe yeee

PLANNING DIET

  • Plan jangan tak plan ye.. Apa sahaja yang anda buat dalam dunia ni, kalau diplan akan lebih teratur dan kemungkinan untuk terus berjaya lebih besar. Jadi apa kata mulai sekarang kita tampal plan diet kita. Tulis semua yang ada di bawah ni yeee..
  • NIAT
  • AIM ( 1 – 2 BULAN )
  • TARGET ( 100Kg – 80Kg)
  • METHOD (DIET YANG DIPILIH)

> > : Aim boleh untuk jangka masa panjang dan pendek yaaa… ada orang badan memang jenis cepat turun dan ada yang sukar. Jadi kenali badan anda, anda gemuk yang mana, kalau lambat nak turun tuuu jangan putus asa! Cekalkan diri!

 

START!

  • Nak tunggu apa lagi kan? Moh laa kita mulakan Diet! Positifkan diri kita dengan kata-kata semangat untuk diri sendiri.
  • “Esoklah nak diet, esok…” No!  no , no , no… percayalah banyak sangat esok tak akan jadi! Jadi mulakan sekarang.

> > : Ramai dah orang yang gemuk lagi dari anda,  berjaya turunkan berat badan! Kalau kita tak mampu, maksudnya salah tu datang dari diri sendiri yang TIDAK BERDISIPLIN DAN MALAS!

 

DISCIPLINE!

  • Mohon disiplin ye ! Penat dah baca pasal diet kan? , semangat pun dah ada.. tinggal nak kena berdisiplin je untuk buat hari-hari.
  • Agak-agak kalau dah mula nak kecundang, cepat- cepat tanya diri balik dan ingatkan tujuan asal kenapa anda nak diet.

> > : Ada orang yang lebih semangat diet BERJEMAAH! Jadi apa lagi, ajaklah teman-teman anda yang sekepala untuk sama-sama menjayakan MISI anda! tapi kalau anda memang jenis suka bersendiri, jadi dietlah sendiri tak salah pun.. bergantung kepada kemampuan diri masing-masing.

 

WORKOUT!

  • Diet tetap diet. Tapi workout jangan lupa ya untuk proses yang lebih cepat! Bagi badan tu peluh hari-hari.
  • Luangkan masa 1 jam sehari untuk exercise! banyak jenis senaman yang anda boleh lakukan hanya dirumah!

> > : Diet + workout akan lebih cepat proses turunkan berat badan NAMUN Workout tanpa Diet hanya sia-sia! Jadi pentingnya ilmu untuk diet! Anda juga boleh bermain sukan kegemaran anda bersama rakan-rakan. Pasti lebih menyeronokkan!

 

TIMBANG BERAT!

  • Jangan lupa timbang berat anda untuk lihat hasilnya!
  • Waktu yang paling baik untuk timbang adalah pada waktu pagi selepas anda membuang air kecil.

> > : Seeloknya timbang berat seminggu sekali. Namun begitu, kalau hati anda cekal dan kuat! tiada salahnya jika anda ingin menimbang setiap hari! Semuanya bergantung kepada diri sendiri. Ada orang yang akan lebih bersemangat jika timbang hari-hari dan ada juga orang yang suka suprisekan diri dengan menimbang seminggu sekali. Pilihan ditangan anda!

Haa, itulah diantara tips yang anda boleh praktikkan! Semoga diet kita kali ini bukan lagi angan-angan! Dah kurus nanti jangan lupa diri pulak yeee.. hehe. Teruskan membaca tips-tips yang lain untuk kekal sihat!

 

 

 

error: Content is protected !!