Tips Kuruskan Badan dan Cantikkan Muka

Hilang 25KG Dalam Masa 4 Bulan, Wanita Ini Kongsi Rahsia Beliau

turun 25kg dalam masa 4 bulan

Hendak seribu daya tak mahu seribu dalih. Mungkin itu perumpaan yang sesuai bagi mereka yang menyimpan hasrat untuk turunkan berat badan secara sihat dengan berjaya.

Tidak semua mempunyai semangat yang jitu untuk melaksanakan misi ini memandangkan banyak pantang larang yang perlu diikut untuk mendapatkan hasil yang baik.

Mempunyai badan kurus merupakan idaman semua orang tetapi tak tahu di mana mahu bermula.

Kini semakin ramai yang mengamalkan makan secara sihat dan tak kurang juga berkongsi tips bagaimana untuk turunkan berat badan secara semulajadi yang mereka lakukan bak kata pepatah, sharing is caring.

Seorang gadis cantik manis, Asyiqin Khairi atau mesra dipanggil Ekin berkongsi cara bagaimana dia mampu hilang sebanyak 25 kilogram (kg) dalam masa empat bulan di laman sosial Instagram dan Twitter.

Menurutnya, dia mengamalkan minum air masak sebanyak 4-5 liter dan berpantang minum air manis. Selain itu, dia juga tak makan makanan bergoreng, roti, nasi mahupun makanan segera.

Dia hanya makan buah, sayur, kacang, telur dan yogurt kosong rendah lemak serta mengamalkan sedikit senaman sekurang-kurangnya sejam sehari.

Selepas dia berjaya menurunkan berat 10kg, Ekin mula mengambil nasi ketika makan tetapi hanyalah segenggam nasi.

Di samping itu, Ekin juga berpesan bahawa disiplin haruslah dijaga jika mahu berat badan turun secara konsisten.

Mungkin lepas ni anda boleh cuba tips diberikan oleh Ekin jika mahu menurunkan berat badan secara semulajadi.

Apa yang penting, kena bersemangat dan berdisiplin untuk mendapatkan hasil yang bagus. Jangan sekadar hangat-hangat tahi ayam ye. Ayam pun semangat lebih kalau nak catuk orang!

error: Content is protected !!