Gadis Ini ‘Kehilangan’ Lebih 20kg Sebab Amalkan 5 Teknik Ini

0 5,913

cara-kurangkan-berat-badan

Seorang gadis bernama Tiara yang dengan berat 65kg dah berjaya untuk menurunkan berat badannya kepada 39kg. Apa rahsia disebalik kejayaan tersebut? Beliau berkongsi pengalaman dan teknik yang beliau gunakan dalam akaun Facebook beliau. Apa yang dikongsikan pada saya amat relevan dengan orang lain yang mempunyai keinginan yang sama.

Ok. Apa 5 teknik yang diamalkan yang membolehkan beliau berjaya menurunkan berat badan lebih 20kg?

Sebelum tu, mari tengok gambar sebelum dan selepas yang beliau kongsikan.

Fuh..Dulu dalam kategori comel chubby, sekarang dah dalam kategori kurus dan cantik dah!

Dah tak sabar nak tahu tekniknya? Ini tekniknya..Saya adaptasi teknik ni dari apa yang dikongsikan oleh beliau.

Tahan Nafsu Makan

Dah tau nak kurus, kena la tahan nafsu makan tu. Terutamanya makan nasi. Nasi ni adalah sumber karbohidrat paling sukar nak tahan untuk rakyat Malaysia. Dah jadi ‘makanan kebangsaan’ kan. Tapi kalau nak berjaya kena la tahan jugak. Awal-awal memang akan macam kebuluran. Tapi kena tahan jugak nafsu makan tu.

Ganti Nasi Dengan Buah

Oleh kerana nasi dah tak boleh makan, jadinya perlu juga pengganti untuk dapatkan sumber tenaga. Paling baik tukarkan dengan buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah-buahan ni bukan sahaja memberi tenaga, tapi ada serat dan vitamin yang baik untuk kesihatan badan dan kulit.

Of Course..Bersenam Setiap hari

Ketat macam mana pun jadual harian, pastikan bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Bagi peluh keluar. Memang penat akan lebih sikit sebab makan pun kurang, tapi kalau nak cepat turun berat badan, kena jugak bersenam untuk membakar lemak berlebihan yang sedia ada.

Jangan Stress-stress ye..

Ada jenis orang yang bila stress je lapar. Bila lapar je stress. Jadi, jangan la stress sangat. Orang tua kan selalu kata. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian, berlapar-lapar dahulu, menjadi cantik kemudian. Cewah.

Azam dan Tekad kena kental

Semua yang di atas ni PASTI tak akan berjaya kalau tak ada yang ke lima ni. Hati kena kental! Memang kental hati minat Tiara ni. Bukan semua orang mampu untuk jadi macam beliau. Tapi beliau memang inspirasi untuk mereka yang bercita-cita nak kurus.

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!