Tips Kuruskan Badan dan Cantikkan Muka

Gadis Ini Dedah Rahsia Turun 13Kg Dalam Masa 3 Minggu

Pasti ramai di antara anda berazam untuk kurus pada tahun 2019. Tapi janganlah biarkan azam anda itu hanya angan-angan kosong sahaja seperti tahun-tahun lalu.

Mungkin anda boleh cuba tips kurus yang dikongsikan oleh seorang gadis bernama Sophie Talib ini yang berjaya menurunkan berat badan sehingga 13kg hanya dalam masa 3 minggu sahaja. Paling penting, tiada pil kurus dan hanya mengamalkan diet sihat sahaja.

Dulu berat 63-65kg, tak ada boyfriend

Menurut Sophie, tahun 2016 dia memiliki berat badan berlebihan dan ketika itu dia tidak mempunyai teman lelaki. Lebih menyedihkan, dia dikelilingi kawan perempuan yang cantik dan rata-rata lelaki ingin mengenalinya hanya kerana ingin berkenalan dengan kawan-kawannya.

Cuba diet atkins, paling penting hati kena cekal

Nekad untuk menguruskan badan, gadis ini mencuba diet atkins dan katanya hati perlu cekal ketika mengamalkan diet ini. Katanya lagi, tiada gula dalm sebarang makanan atau minuman, serta nasi, segala mee, roti dan biskut diharamkan dalam diet.

Diet atkins hanya boleh makan lauk sahaja

Sophie turut memberikan tips mengenai diet atkins dimana hanya boleh makan lauk sahaja. Untuk sayur, hanya makan sayur hijau sahaja. Katanya lagi, untuk fasa pertama diet atkins, tidak boleh makan buah kerana buah mengandungi gula.

Ujarnya lagi, sarapan sangat penting dan banyakkan minum air kosong. Kata Sophie lagi, diet atkins anda dibolehkan untuk makan banyak kali tetapi jangan ambil makanan karbohidrat dan yang manis-manis.

Amalkan minum teh hijau waktu malam & teh detoks

Amalkan senaman & jangan selalu timbang berat

Sophie turut menasihati mereka diluar sana untuk melakukan senaman kerana tak ada guna turun berat badan tetapi badan tak fit. Katanya lagi, kalau boleh elakkan timbang berat badan terlalu kerap kerana setiap kali kita melihat berat badan turun  ia akan membuatkan kita makan dengan banyak.

Kenali badan anda, badan semua orang lain-lain

Menurutnya, ramai yang mengatakn diet atkins membuatkan badan cepat naik, namun baginya ia berbeza mengikut badan seseorang. Katanya lagi, kenali badan anda terlebih dahulu sebelum melakukan sebarang diet.

Tak kisah diet apa yang anda ingin amalkan, pastikan ianya tidak memudaratkan kesihatan. Tetapi, apa yang paling penting ialah semangat dan disiplin untuk mendapatkan hasil yang bagus.


error: Content is protected !!