Tips Kuruskan Badan dan Cantikkan Muka

Gadis Ini Berjaya Turunkan Berat Badan Dari 100kg Ke 50kg

gadis-turun-50-kg

Tanpa pengambilan pil kurus, Jinny berjaya menurunkan berat badan sebanyak 50kg dalam tempoh 2 tahun.

Menurutnya, dia mula berdiet selepas disahkan menghidap herniated disc. Rahsia dietnya itu turut dikongsikan di Youtube menerusi saluran DanoTV.

Berikut merupakan rahsia diet pelajar universiti ini :

rahsia kurus badan

1. Minum 3-5 liter air suam setiap hari.

2. Tidak mengambil terlalu banyak sodium dan daripada membiarkan diri kebuluran, dia pastikan diri makan sekurang-kurangnya dalam sukatan yang sedikit.

gadis-turun-50kg-2

3. Jika dia merasakan diri makan terlalu banyak, dia akan melakukan sedikit senaman bagi memastikan diri sentiasa bergerak untuk mengimbangi jumlah makan berlebihannya.

4. Menu makan tengah hari, Jinny memastikan untuk makan banyak protein, sayur-sayuran dan seperti biasa bersenam setiap hari.

5. Untuk usus yang sihat, Jinny mengambil probiotik seperti yogurt dan makan pencuci mulut sekali sehari.

6. Tidak mengambil snek lewat malam, selalu bersenam serta sentiasa mengawal tabiat pemakanan.

Tonton Video :

Source AliffChannel
error: Content is protected !!