Tips Kuruskan Badan dan Cantikkan Muka

Dihantui Kolestrol Jahat Selepas Raya Aidil Adha? Ini 3 Tips Senang Untuk Anda Amalkan

Wah, wah, wah. Beraya sakan nampak? Berapa kilo daging dapat tahun ni? Sakan la  makan lauk daging korban bulan ini kan? Alahai sedap la pula kalau dapat masak rendang, tak pun kari, masak kicap ke,  atau goreng berlado paling simple. Yang pasti semuanya sedap-sedap belaka! Tak makan rasa rugi pula. hmmmm…

Buat pengetahuan semua, makan daging dalam satu masa dengan kuantiti yang banyak juga sebenarnya tidak baik untuk kesihatan kerana berkemungkinan akan meningkatkan kolestrol dalam badan anda! Haaa, kalau kadar kolestrol dalam badan anda tinggi maka tinggi jugalah kemungkinan anda untuk mendapat penyakit lain.

Mari kita melakukan beberapa tips sederhana ini bagi mencegahnya kolestrol ;

1.BERBASIKAL

aktiviti berbasikal boleh turun kalestrol

Tips sederhana untuk sihat dan menarik yang boleh anda lakukan adalah dengan berbasikal. Berbasikal merupakan salah satu aktiviti ringan dan santai yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan lemak-lemak dan kolestrol dalam badan. Malah berbasikal juga merupakan aktiviti yang murah, selamat dan efektif.

Berbasikal dikatakan salah satu aktiviti senaman yang terbaik kerana dapat mengeluarkan banyak peluh dalam badan. Pengeluaran peluh ini sekaligus dapat mengeluarkan racun dan toksin yang terkumpul dalam badan yang akan membuatkan kulit anda akan kelihatan lebih berseri dan awet muda.

Baca : Cara Menurunkan Kolestrol

Seseorang individu seberat 100kg, yang mengayuh basikal setiap hari ke tempat kerja setiap hari, dapat membakar kalori dalam badan sebanyak 1056kcal dalam tempoh satu jam perjalananya. Cuba bayangkan dengan hanya aktiviti mengayuh basikal, seseorang individu itu telah mampu membakar 5280 kalori pada tubuhnya dalam masa 5 hari bekerja tanpa mengamalkan diet berbahaya.

Selain itu, berbasikal juga dapat menstabilkan semua otot di badan terutamanya dibahu, dan pinggul bagi menghasilkan postur tubuh yang diidamkan.

2. YOGA

Tips berikutnya adalah dengan melakukan senaman yoga. Mesti ramai yang berasa pelik kerana selama ini yoga dianggap sebagai satu senaman untuk menenangkan fikiran. Salah okay! Sebenarnya terdapat banyak manfaat apabila anda melakukan senaman yoga. Salah satu manfaat yoga adalah senaman ini mampu menurunkan kadar kolestrol jahat dalam tubuh anda sehingga 35%.

Namun penurunan ini hanya akan berlaku apabila anda melakukan senaman yoga dengan betul dan teratur. Ingat setiap perkara perlulah dilakukan dengan konsisten dan jadikan ia sebagai senaman harian barulah anda dapat melihat hasilnya. Jika tidak? sia-sia sajalah impian anda untuk mengurangkan kolestrol jahat dalam badan anda. Selain membuang kolestrol jahat dalam badan, senaman yoga juga mampu meningkatkan kolestrol baik dalam badan.

Perlu diingatkan juga bahawa badan kita memerlukan kandungan kolestrol baik supaya badan dapat mencapai keseimbangan dan pelbagai penyakit dapat dihindarkan.

3. MAKAN BUAH-BUAHAN DAN SAYUR-SAYURAN

buah boleh turun kolestrol

Tips terakhir yang boleh anda lakukan adalah dengan makan buah-buahan serta sayur-sayuran. Nampak macam mudah ? Tapi, tidak semua orang berjaya melakukan dan ramai yang hanya pandang sebelah mata sahaja. Perlu diingatkan bahawa buah-buahan serta sayur-sayuran mengandungi banyak serat yang diperlukan oleh badan.

Buah dapat menghalang kolestrol jahat dalam badan anda. Apalagi, cepat-cepat pergi ke pasar beli buah dan sayur banyak-banyak untuk dimakan okay!

Jadi selepas ini, setiap kali perayaan anda tidak perlu lagi risau. Anda hanya perlu sentiasa mengingatkan diri anda supaya tidak memakan daging secara berlebihan dan mengamalkan tips-tips mudah ini.

error: Content is protected !!