Diet Untuk Si Pemalas! Hilang Sehingga 20kg dalam 4 Minggu

1 11,096

diet untuk si pemalas

Tak ada siapa yang nafikan sifat pemalas tu memang tak berapa elok. Tapi jika anda pemalas (ada ke orang mengaku pemalas?), anda masih boleh untuk turun berat badan sehingga 20kg dalam masa sebulan. Oleh sebab anda pemalas, diet ni memang khas untuk anda.

Sila malas makan nasi.

Nasi memang dah jadi darah daging rakyat Malaysia. Makan kalau tak ada nasi memang tak sah. Kalau bakal mak mertua datang tak jamu dengan nasi memang jawabnya kene reject!. Sampai ke tahap tu. Tapi disebabkan kemalasan anda, anda memang bertuah. Nak kurus cepat memang kene kurangkan makan nasi. Kurang karbohidrat, bermakna kurangla gula berlebihan dalam badan untuk ditukarkan menjadi lemak.

Sila malas makan makanan yang berlemak

Tengok pada bahagian perut, paha, lengan. Apa yang anda lihat? Itu namanya lemak berlebihan. Mulai sekarang, sila malas makan makanan berlemak seperti ayam goreng, burger, kentang goreng dan lain-lain. Kurang makan makanan berlemak akan membantu mempercepatkan pembuangan lemak yang sedia dah terlebih pada badan anda.

Sila malas minum air manis

Air Batu Campur dan air sirap bandung memang sedap diminum semasa hari panas. Malangnya air-air tersebut bukan untuk anda. Air yang terbaik untuk anda adalah air masak, air suam dan air mineral. Air yang manis mengandungi karbohidrat yang tinggi.

Sila malas nak makan banyak-banyak

Kalau sebelum ini anda makan 1 pinggan penuh dengan lauk bertingkat-tingkat, sekarang bahagikan pinggan anda kepada 4 bahagian. Setiap suku pinggan untuk nutrisi yang berbeza seperti protein, karbohidrat, serat dan lain-lain. Waktu makan juga anda perlu ubah. Lebih baik makan sedikit tetapi kerap berbanding makan banyak tetapi kurang kerap.

Nak tak nak, jika anda nak kurus, anda perlu lakukan sesuatu. Bukannya hanya duduk termenung dan mengharap berat badan menurun dengan sendirinya.

Ok. Sekarang cuba anda bayangkan. Kalau dengan cara pemalas ni pun dah boleh turun sehingga 20kg, agak-agaknya kalau dengan cara orang rajin berapa agaknya yang dapat turun ye? Fikir-fikirkan.

You might also like More from author

1 Comment

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!