Tips Kuruskan Badan dan Cantikkan Muka

Diet Mengikut Jenis Darah Anda

Siapa sangka anda sebenarnya boleh berdiet mengikut jenis darah anda. Diet mengikut darah ini sebenarnya telah diperkenalkan oleh Dr. Peter J.D’Adamo. Beliau telah menjalankan penelitian pada setiap jenis darah yang menunjukkan kesan fisiologi berlaku terhadap lektin yang masuk ke dalam tubuh badan.

Lektin merupakan protein yang terdapat pada makanan, khususnya kekacang. Setiap protein makanan yang diserap oleh tubuh, menurutnya hanya sesuai dengan jenis darah tertentu.

Buku “Eat Right For You” yang telah diterbitkan oleh beliau pada tahun 1996 ini menjelaskan bahawa setiap individu memiliki tindak balas yang berbeza terhadap makanan dengan jenis darah yang dimiliki. Pengambilan makanan yang tidak serasi dengan jenis darah akan mengakibatkan penggumpalan sel darah merah dan pelbagai komplikasi lain. Namun, pengambilan makanan yang serasi dengan jenis darah anda akan memberi impak positif kepada tubuh seperti, keadaan emosi yang lebih stabil, mudah mengatasi tekanan dan peningkatan daya tahan lawan penyakit. Malah, pengambilan makanan yang bersesuaian dengan jenis darah juga dapat mengembalikan fungsi sistem tubuh dan memperbaiki metabolisma tubuh. Manusia mempunyai 4 jenis darah iaitu A , B, O dan AB.

1.DIET GOLONGAN DARAH ‘A’

  • Didalam buku Dr. Peter J.D’Adamo, menyarankan golongan jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit.
  • Jika kandungan lektin yang diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut.
  • Menurut beliau lagi, golongan yang memiliki jenis darah A akan menghasilkan kandungan lendir yang lebih banyak berbanding jenis darah lain.
  • Ini akan menimbulkan risiko terhadap penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.
  • Sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.
  • Digalakkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu amasam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung ( jumlah terbatas), lemak ( jumlah terbatas, kekacang dan bijirin serta kacang soya).
  • Perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
HINDARI MAKANAN
  • Hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, sotong, daging lembu, daging salai, susu, keju yang telah diproses, kacang merah, roti, kuih-muih, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.
CIRI KHAS INDIVIDU JENIS DARAH A :
  • Sistem pencernaan yang sensitif
  • Perlu menghindari makanan daripada produk susu dan daging
  • Disarankan mengambil vegetarian / makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
  • olahraga untuk mengurangkan stress
  • cukup rehat
MENU DIET

SARAPAN : Air putih yang dicampurkan jus limau dan oat

SNEK : Kopi / jus anggur

TENGAHARI : Salad + Roti gandum sepotong + Teh herba

SNEK : Kuih beras dua potong + teh hijau

Malam : Pasta tanpa daging dan brokoli + yoghurt + teh herba

2. DIET GOLONGAN DARAH ‘B’

  • Individu jenis B lebih fleksibel
  • Disarankan untuk makan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
  • Disarankan melakukan diet dengan berbagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
  • Mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Olahraga yang sesuai dilakukan seperti berenang, tenis, berjalan kaki.
  • Untuk menghilangkan stress, disarankan memiliki hobi berasaskan kreativiti.
HINDARI MAKANAN
  • Makanan beku dalam tin
CIRI KHAS INDIVIDU JENIS DARAH B :
  • Sangat mudah dijangkiti penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus
MENU DIET

SARAPAN : Bijirin + Buah pisang + segelas susu tanpa lemak

SNEK : Jus anggur

TENGAHARI : Sepotong dada ayam + dua otong roti + salad + teh herba

SNEK : Jus limau / yogurt + teh herba

Malam : Sepotong ikan salai + sayur rebus + buah-buahan segar + teh herba

3. DIET GOLONGAN DARAH ‘AB’

  • Pola pemakanan golongan darah AB adalah gabungan pola makan golongan darah A dan B.
  • Disarankan makan hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi, minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan
  • Makan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk
HINDARI MAKANAN
  • menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang telah diproses.
  • Kurangkan makanan berasaskan kekacang
  • Kurangkan pengambilan makanan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta
CIRI KHAS INDIVIDU JENIS DARAH AB :
  • Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
  • Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
  • Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan
MENU DIET

SARAPAN : Air limau / Jus Anggur + roti dua potong + satu potong keju

SNEK : Yogurt

TENGAHARI : Dada ayam 4 hirisan + salad + 2 biji buah plum + teh herba

SNEK : Kek keju + teh herba

Malam : Omelet + salad buah + kopi

4. DIET GOLONGAN DARAH ‘O’

  • Perlu banyak mengambil makanan berprotein tinggi
  • Mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging ( kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran, telur dan kacang
  • Perlu mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat seperti daging, buah-buahan, ikan dan sayuran
HINDARI MAKANAN
  • Hindari produk susu dan gandum
  • menghadkan pengambilan buah-buahan
  • Hindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi
  • Hindari sayur seperti brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan dan kentang
  • telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan kerana tubuh sudah mendapat khasiat daripada daging
  • Hindari jeruk kerana boleh mendatangkan keracunan usus
CIRI KHAS INDIVIDU JENIS DARAH O :
  • Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian.
  • Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis yang lain.
  • Mudah mengadptasi berbagai makanan
  • Perlu lakukan aerobik untuk mengatasi tekanan
MENU DIET

SARAPAN : Dua potong roti bakar lapis mentega + sebiji pisang

SNEK : Teh herba

TENGAHARI : Sepotong daging panggang + salad bayam + epal

SNEK : Sepotong kuih

Malam : Sepotong daging lembu + asparagus yang direbus +kentang rebus + buah-buahan + teh herba

Inilah antara hasil kajian yang telah dilakukan oleh Dr. Peter J.D’Adamo. Namun, masih lagi terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan yang lain. Oleh itu, jangan kita terlalu melihat kepada jenis darah, yang lebih utama adalah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat.

error: Content is protected !!