Tips Kuruskan Badan dan Cantikkan Muka

Dari 120Kg Ke 65Kg, Gadis Ini Kongsi Tips Diet Berkesan

Mempunyai badan kurus merupakan idaman semua orang tetapi ramai yang tak tahu hendak bermula dari mana. Ada yang sanggup mengambil jalan singkat dengan menelan pil kurus semata-mata untuk dapatkan bentuk badan idaman.

Namun perkongsian oleh seorang gadis ini membuktikan bahawa tidak perlu mengambil produk kurus untuk mendapatkan bentuk badan langsing. Dari berat 120 kg, seorang gadis berkongsikan caranya untuk menurunkan berat badannya dengan mengamalkan diet sihat dan kini berat badannya 65 kg.

BACA: Gadis Ini Dedah Rahsia Turun 13Kg Dalam Masa 3 Minggu

Menurut gadis ini, setahun lalu dia pernah ditinggalkan kerana bentuk fizikalnya. Namun dia bertekad untuk menurunkan berat badan dan menjalani gaya hidup sihat. Kata gadis ini, dia berbadan besar sejak dari sekolah lagi sehingga berasa malu untuk berjumpa dengan orang sekeliling.

Langkah pertama dilakukan oleh gadis ini untuk menurunkan berat badan adalah dengan melakukan detoks terlebih dahulu. Ujarnya lagi, minum air masak 3 hingga 4 liter sehari dan amalkan minum teh hijau.

Menurut gadis bernama Ain ini, setiap hari dia akan melakukan senaman sekurang-kurangnya 30 minit. Selain itu, perlu menjaga pantang dengan mengelakkan minum minuman manis dan berais. Untuk minggu pertama jangan makan segala jenis ‘fast food’.

Rutin setiap pagi, lunch & makan malam

Antara tips yang dikongsikan lagi, pastikan makan malam tidak lebih dari pukul jam 8 malam dan perlu ambil buah-buahan.

Mungkin anda boleh cuba tips yang dikongsikan oleh gadis ini jika mahu menurunkan berat badan secara sihat. Tetapi, apa yang paling penting ialah semangat dan disiplin untuk mendapatkan hasil yang bagus.

error: Content is protected !!