Tips Kuruskan Badan dan Cantikkan Muka

Cun Melecun Seperti Anak Dara Walaupun Anak Ramai! Wanita Ini Kongsi Rahsianya Selepas Bersalin

Ramai wanita diluar sana yang takut nak mengandung dan beranak pinak! Takut badan mendadak naik dan suami lari! haih… part suami lari tu, suami-suami sekalian.. janganlah buat hal ye! Anda sebagai suami, sepatutnya sama-sama memberi galakan yang positif buat isteri anda yang tersayang. Apa kata suami sama-sama mengamalkan gaya hidup sihat bersama isteri. Berdua itukan lebih baik. hehe.. Jangan tahu nak menghukum je, isteri dah mengorbankan nyawanya untuk melahirkan anak-anak anda. Ingat yee..

Namun begitu, isteri-isteri pula janganlah ada mindset dekat dalam diri “lepas bersalin je gemuk!” No, no , no… sebenarnya, semuanya bergantung kepada diri anda sendiri. Adakah anda akan tetap berbohong pada diri sendiri dengan memberi alasan yang tidak munasabah atau anda ingin berpijak pada bumi yang nyata yang anda sebenarya malas untuk melakukan senaman. opss jangan marah yeee..

Mari kita baca kisah perkongsian wanita berusia 28 tahun yang bernama Nadiha ini. Beliau merupakan seorang ibu muda yang mempunyai 3 orang anak perempuan. Wahhh, kalah anak dara ni! Tahniah kerana berjaya mengekalkan berat badan anda!

Selalunya, kebanyakan ibu-ibu akan turun berat badan semasa pantang. Namun, habis sahaja pantang mulalah badan naik secara mendadak. Jadi apa tipsnya?

1.Teruskan Berbengkung

Walaupun dah habis pantang, anda dinasihatkan supaya teruskan berbengkung supaya perut susah nak buncit dan punggung susah untuk melebar. Saya akan pakai corset waktu siang sebab senang nak jaga anak-anak dan buat kerja rumah. Malam pula sebelum tidur tu gigih la lilit bengkung seperti berpantang! (Anak dara pun boleh amalkan).. corset ada je jual serendah RM59 =)

2. Makanan Seimbang

Anda perlu makan makanan yang seimbang walaupun menyusu badan. Alhamdulillah dan 10 bulan fully breestfeed Baby Ayra (anak ke-3) ni, walaupun setiap masa saka lapar mengaum, saya berjaya jinakkan 😝 . Saya tau memang ibu menyusu sentiasa lapar tapi bila buat pilihan untuk makan lagi untuk keberapa ratus kali, pastikan pilihlah makanan yang baik. InshaAllah kalau makanan yang kita ambil baik dan sihat, badan akan maintain. Jadi tak payah nak ambil masa yang banyak untuk exercise sebab menyusu badan pun dah bakar banyak kalori!

3. Simple & Light Exercise

Senaman sangat bagus untuk membantu lebihan kulit yang tinggal masa pregnant tu jadi firm semula. Selalunya, saya akan bersenam selepas bangun tidur dan sebelum tidur. Saya akan buat squats 50x, russian twist 50x, crunches 30x atau bolehlah search youtube : blogilates. Banyak pilihan simple workout yang best dekat situ! 👍🏻👍🏻👍🏻 (Di bawah ini adalah contoh exercise yang boleh anda search di youtube)

4. Amalkan Jamu

Ini betul-betul ada beza if masa pantang tak makan jamu walaupun kurus muka akan nampak kusam, tak glowing dan jerawat cepat singgah! Saya cakap macam ni sebab masa pantang Baby Ayra, saya tak makan jamu sebab Baby Ayra ada prolonged jaundice dan eczema sampai habis saya berpantang. Walaupun saya sayang badan saya, namun tak ada pilihan lain masa dalam pantang sebab kena fikir kesihatan anak. Jadi lepas pantang, muka saya menjadi kering, kusam dan cepat berjerawat. Jadi bila jaundice dan eczema Baby Ayra dah tak ada, next day saya terus amalkan air rebusan kunyit + asam jawa dan air inai ( ni mak saya cakap inai boleh dijadikan muka nampak merah-merah tanpa pakai blusher ) Memang menjadi!

Wow! Menarik bukan? Jadi ibu-ibu diluar sana bolehlah mengambil tips ini sebagai pedoman di masa akan datang. Cuba jangan tak cuba!

error: Content is protected !!