Mahu Turunkan Berat Badan 20kg Sebulan, Ikut Cara Sihat Ini

1 4,369

 

cara sihat turunkan berat badan

Nak turunkan 20kg sebulan bukannya mudah. Tapi tak mustahil. Terdapat pelbagai jenis diet yang boleh diamalkan untuk menurunkan berat badan. Tapi cara yang terbaik mestilah cara yang tidak memudaratkan kesihatan dan dalam masa yang sama berkesan untuk menurunkan berat badan.

Jika difikirkan semula, tujuan untuk menurunkan berat badan itu sendiri memang akan memberi kesan yang positif kepada kesihatan anda. Tanyalah mana-mana doktor, apakah kesan berat badan berlebihan kepada seseorang. Jawapannya pasti sama. Berat badan berlebihan adalah salah satu faktor risiko kepada penyakit lain seperti darah tinggi, kencing manis dan masalah jantung.

Apa yang anda makan menentukan kesihatan anda

Hidup untuk makan atau makan untuk hidup? Persoalan ni nampak ringkas tetapi sebenarnya mempunyai maksud yang mendalam. Apa yang kita makan menentukan keadaan kita sekarang dan masa hadapan.

Menjaga gaya pemakanan kepada yang lebih seimbang adalah langkah pertama untuk menurunkan sehingga 20 kg dalam masa sebulan. Kurangkan karbohidrat dan lemak. Utamakan makanan yang banyak serat, protein dan vitamin.

Biarkan lemak berlebihan dalam badan digunakan sebagai sumber tenaga.

Bila kali terakhir anda membuat senaman?

Apa? Tahun lepas? Ish..ish..Senaman bukan sahaja untuk menurunkan berat badan, tapi ia juga untuk kesihatan secara keseluruhannya. Makanan seimbang di gabungkan dengan senaman yang konsisten adalah kombo terbaik untuk turunkan berat badan.

Jangan kata tak ada masa untuk bersenam. Setiap orang ada masa. Anda yang menentukan masa anda.

Betulkan Mind Set tentang kurus

Fikirkan semula kenapa anda boleh menjadi gemuk. Fikirkan juga kenapa anda nak kurus. Gabungkan kedua-dua alasan ini dan anda akan dapat satu matlamat yang kukuh untuk terus berusaha menjaga kesihatan anda.

Pernah buat pemeriksaan kesihatan tak?

Gemuk tak semestinya berpenyakit. Kurus tak semestinya sihat. Tapi gemuk itu lebih banyak risiko untuk mendapat penyakit. Bila kali terakhir anda membuat pemeriksaan kesihatan? Jalankan pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali untuk memastikan kedudukan kesihatan anda.

Ok.

Macam mana jika saya tak berjaya turunkan 20kg dalam sebulan? Jawapannya mudah. Teruskan usaha dan jangan mudah berputus asa.

You might also like More from author

1 Comment

  1. Amal says

    Saya ingin kuruskan badan, jaga pemakanan dan exercise. Tp masalahnya skng ni saya sakit lutut dan kaki. Prlukah juga saya brsenam?

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!