Cara Semak Produk Berdaftar Dengan Kementerian Kesihatan Malaysia

0 470

Semua produk kesihatan di Malaysia perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini adalah penting untuk memastikan semua produk yang terdapat di Malaysia selamat untuk digunakan.

Tetapi ramai yang masih mengambil ringan akan keperluan ini tidak kira sebagai pengeluar produk ataupun sebagai pengguna itu sendiri.

Mengikut data Kementerian Kesihatan Malaysia, kebanyakan produk kesihatan yang tidak berdaftar ada dicampurkan dengan bahan kimia atau ubat terkawal seperti steroid dan ubat tahan sakit. Orang yang menggunakan produk tersebut menyangka bahawa kesan yang dialami adalah kerana herba yang digunakan dalam produk kesihatan tersebut, tetapi hakikatnya, ia sebenarnya ‘berkesan’ kerana campuran ubat terkawal dalam produk tersebut.

Sebagai contoh, banyak ubat untuk lelaki yang dikatakan bersumberkan ginseng, tongkat ali atau herba-herba lain sebenarnya dicampurkan dengan Vigra yang merupakan ubat untuk mati pucuk. Vigra hanya boleh digunakan dengan pengawasan doctor kerana ianya boleh menyebabkan mati mengejut sekiranya pengguna tersebut mengalami masalah jantung.

Jadi bagaimana untuk membuat semakan pendaftaran produk?

Semakan secara offline

Pengguna boleh membuat semakan secara terus dengan melihat produk itu sendiri. Semua produk yang berdaftar mempunyai nombor pendaftaran dan pelekat keselamatan Hologram. Semua produk yang tidak mempunyai 2 ciri ini adalah produk yang tidak berdaftar.

Semakan secara online

Pengguna juga boleh membuat semakan secara atas talian dengan melawati laman web Agensi Regulatori Farmasi Negara. Pada laman web tersebut, pengguna boleh pergi ke pautan Quest Products Search dan membuat carian produk dan kosmetik. Carian boleh dicari berdasarkan nama produk, nombor pendaftaran, nama pengilang dan lain-lain maklumat yang ada pada produk.

BACA : Tanda Kosmetik Bahaya Yang Boleh Menyebabkan Kerosakan Kulit

Sekiranya produk yang dicari adalah produk berdaftar, hasil carian akan menunjukkan nama produk dan nombor pendaftaran produk tersebut. Tetapi sekiranya hasil carian tidak menjumpai sebarang produk seperti yang dicari, ini menunjukkan bahaw produk tersebut adalah produk tidak berdaftar.

Semakan ini juga boleh digunakan untuk mencari pendaftaran bagi kosmetik.

Itulah dia 2 cara untuk memastikan produk kesihatan yang kita gunakan atau makan mendapat kelulusan dan seterusnya selamat untuk digunakan.

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!