Tips Kuruskan Badan dan Cantikkan Muka

Cara Menurunkan Kolesterol

cara-menurunkan-kolestrol

Siapa fikir lemak dan kolesterol adalah dua benda yang sama, ada sebenarnya telah tersilap. Lemak bukanlah kolesterol dan kolesterol bukanlah lemak. Lemak adalah sesuatu yang menyebabkan anda gemuk. Manakala kolesterol tidak menyebabkan kegemukan, tetapi sebaliknya meningkatkan risiko mendapat penyakit berkaitan jantung seperti injap tersumbat, serangan jantung dan strok.

Kolesterol beredar dalam darah menggunakan 2 jenis protein iaitu LDL (Low Density Lipoprotein) dan HDL (High Density Lipoprotein). Secara umumnya HDL baik untuk membantu mengeluarkan kolesterol berlebihan dalam badan, manakala LDL boleh menyebabkan kolesterol berkumpul dan menyebabkan penyakit.

Saya nak berkongsi beberapa cara yang boleh dilakukan untuk menurunkan kadar kolesterol dalam badan.

Terdapat dua jenis :

Bersenam

Kajian menunjukkan bahawa senaman dapat menurunkan kadar kolesterol dalam darah. Senaman boleh membantu meningkatkan kadar HDL dalam darah yang membantu dalam mengeluarkan kolesterol berlebihan dalam badan kita. Selain itu, sekiranya anda mengalami masalah obesiti, senaman dapat membantu anda untuk menurunkan berat badan dan mengurangkan risiko penyakit lain.

Perubahan Gaya Pemakanan

Gaya pemakanan juga perlu kan perubahan sekiranya anda nak menurunkan kolesterol dalam badan anda. Pilih makanan yang kurang kolesterol dan tinggi kadar HDL untuk membantu menstabilkan semula kandungan kolesterol dalam darah. Antara makanan yang baik untuk membantu menuunkan kolesterol dalam darah adalah makanan berasaskan soya seperti air soya, tempe dan tauhu.

Perubahan gaya hidup

Selain daripada gaya pemakanan, gaya hidup juga peru dijaga. Elakkan diri daripada kerap tertekan dengan kerja atau persekitaran kerana ia akan mengganggu peredaran darah dalam badan dan menyukarkan anda untuk menurunkan kolesterol. Perubahan lain yang boleh dilakukan adalah pastikan anda berhenti merokok sekiranya anda merupakan seorang perokok. Merokok menyebabkan HDL dalam badan berkurangan dan menyebabkan risiko sakit jantung meningkat.

Ok.

Satu fakta yang anda perlu tahu, sebenarnya kolesterol bukanlah sesuatu yang buruk. Ia hanya menjadi buruk apabila kuantitinya di dalam darah terlalu tinggi dan boleh menyebabkan saluran darah tersumbat. Kolesterol diperlukan untuk pelbagai fungsi dalam tubuh badan kita. 80% daripada kolesterol dihasilkan oleh organ hati, selebihnya daripada pemakanan kita.

Akhir sekali, pastikan anda membuat pemeriksaan berkala untuk menentukan kadar bacaan kolesterol dalam badan anda. Cegah sebelum parah.

error: Content is protected !!