Tips Kuruskan Badan dan Cantikkan Muka

Cara Buat ‘Susu Badam Ajaib’ Untuk Anak-Anak Sebelum Ke Sekolah, Barulah Bertenaga!

susu badam untuk anak

Selalu makan almond london tapi tak tahu apa kebaikannya kan? Kacang badam atau juga dikenali sebagai almond mempunyai 20 kali ganda protein dari bijirin yang lain. Bukan itu sahaja, khasiat badam yang mempunyai kandungan Vitamin B yang lengkap ini juga sangat sesuai untuk dijadikan makanan harian anak-anak kerana membekalkan tenaga kepada mereka.

Selain dari dimakan secara mentah, kacang badam ini juga boleh dijadikan sebagai minuman susu. Jom kita tengok cara-cara untuk buat susu badam ajaib ini untuk kesihatan anak-anak! Taklah selalu tidur saja di sekolah.

Selain dari dimakan secara mentah, kacang badam ini juga boleh dijadikan sebagai minuman susu. Jom kita tengok cara-cara untuk buat susu badam ajaib ini untuk kesihatan anak-anak! Taklah selalu tidur saja di sekolah.

resepi air susu badam

SUSU AJAIB UNTUK ANAK

Bahan senang nak cari

-1 cawan badam mentah

-4 cawan air masak

-1 sudu esen vanila

-Sedikit garam

-Kurma *tambahan

CARA-CARANYA :

1. Basuh badam dengan bersih dan rendam semalaman.

resepi air susu badam

2. Esoknya buangkan air rendaman, basuh bersih bersih dan masukkan dalam blender dengan air secukupnya. Nak masuk kurma pun boleh, time nie lah kurma takde dekat rumah. Kalau tak, mesti lagi best. Kalau tak boleh pusing, masukkan air lagi. Tapi jangan cair sangat, agak agak.

resepi air susu badam

3. Dah siap blend terus masuk dalam penapis dan perah. Hidupkan api dan masak sampai mendidih. Jangan lupa letakkan 1 sudu esen vanilla dan garam.

resepi air susu badam

resepi air susu badam
Boleh guna penapis macam ini, lagi berkesan!

 

4. Dah mendidih tu kira dah siap. Senang kan? Dah suam tu dah boleh minum. Sebelum minum letakkan madu 1 sudu. Rasa sedap je, takdelah rasa pelik. Kalau ada masukkan kurma, tak payah letak madu. Cukuplah manis dari kurma tu.

susu badam madu

5. Kalau mahukan kelainan, boleh juga buat sebagai smoothies dan letakkan buah-buahan ya!

susu badam smoothies

Video lengkap menunjukkan cara buat ‘susu ajaib’.

error: Content is protected !!