Tips Kuruskan Badan dan Cantikkan Muka

Buat Diet Pisang Boleh Turun 6kg Dalam 12 Hari

diet pisang

WOW! PISANG OH PISANG! Dengan pisang pun kita boleh diet sebenarnya. Pisang merupakan buah yang  mengandungi enzim serta mampu mempercepatkan proses pencernaan malah melancarkan pembuangan air besar. Siapa ada masalah perut buncit pun boleh amalkan diet pisang ni. Nak tahu caranya?

Sarapan : 1 biji pisang + air suam
Tengahari : Makan seperti biasa (namun pengambilan harus kurang dari biasa)
Malam : 1 biji pisang + air suam

AMARAN!

  • DILARANG untuk makan selepas jam 8 malam.
  • DILARANG makan aiskrim dan makanan serta minuman berasaskan susu / gula. Senang cerita yang manis-manis.
  • DILARANG mengamalkan diet pisang SELEPAS 12 hari.

pisang-sebagai-antioksidan

Diet pisang selama 7 hari mampu mengurangkan 3kg manakala diet pisang yang dilakukan selama 12 hari mampu mengurangkan berat anda sebanyak 5kg – 6kg. Namun anda dinasihatkan supaya mengamalkan pemakanan yang seimbang selepas 12 hari.

BACA : Hilang 10 KG Dalam Masa Dua Minggu Dengan Diet Telur Rebus

PISANG MAMPU MENGUBAT PENYAKIT!

Selain untuk diet, tahukah anda bahawa pisang juga mampu untuk menyembuhkan penyakit? Pisang sebenarnya kaya dengan vitamin (A, B10, B12, dan D ), garam mineral, zat gula, protein, serta zat flourida yang berguna untuk gigi. Haaaa nak tahu penyakit-penyakit yang yang mampu diubati ? baca di bawah ni yaa..

  1.  LEMAH OTAK – Pisang sangat berkhasiat untuk pesakit lemah otak kerana mengandungi banyak vitamin yang memiliki kesan refrigeran yang berguna untuk tenaga otak dan konsentrasi.
  2. CIRIT-BIRIT – Pisang juga dapat mengatasi masalah peradangan usus serta melancarkan proses pembuangan air besar.
  3. GIGI ROSAK – Pisang mampu melindungi gigi dari rosak kerana pisang mengandungi flourida yang merupakan sumber perlindungan gigi.
  4. ALBUMIN DALAM URIN – Buah pisang yang dikeringkan juga boleh diproses menjadi tepung roti yang baik untuk pesakit yang mengandungi albumin di dalam urine (albuminuria), dan InsyaAllah boleh disembuhkan.
  5. Pisang membantu tumbesaran anak kerana mengandungi vitamin A.
  6. Pisang juga boleh dijadikan sebagai nutrisi jika dicampurkan dengan susu dan madu.

Apalagi, jom serbu kedai beli Pisang! hehe.. Selamat Mencub!

Tonton Video Di Bawah

error: Content is protected !!