Tips Kuruskan Badan dan Cantikkan Muka

Betul ke Makanan Berlemak Bukan Punca Kegemukan?

Antara roti dan daging burger, mana satu yang paling jahat?

makanan paling menggemukkan

Jangan makan makanan berlemak nanti gemuk! Biasa dengar kan? Jika kita makan sebiji burger, antara roti dan daging burger, mana satu yang menyebabkan kita gemuk?

Banyak kajian yang menunjukkan bahawa makanan berlemak sebenarnya bukanlah penyebab utama kegemukan. Penjahat sebenar dalam dunia obesiti adalah Karbohidrat.

Berbalik kepada soalan tadi, dalam sebiji burger, rotilah yang lebih mudah menyebabkan kita gemuk berbanding daging burger.

Kenapa macam tu pulak?

Sistem badan kita ni sebenarnya mudah.

“Makan untuk hidup. Bukan hidup untuk makan.”

Apa maksud sebenar pepatah ni?

Maksudnya kita perlu makan mengikut keperluan badan. Dari sisi saintifiknya, kita perlu ambil kalori mengikut keperluan badan kita. Sebagai contoh, jika badan kita memerlukan jumlah harian 2000kcal, tetapi kita mengambil 2500kcal sehari, ini bermakna ada lebihan 500kcal setiap hari yang akan ditukarkan kepada lemak.

Baca : Cara Mengira Kalori

Itu dalam sehari. Jika dalam setahun? Anda ada lebihan 182500kcal. Jadi jangan pelik lah jika dalam setahun anda naik beberapa kilogram.

Tak dapat dinafikan yang makanan di Malaysia ni memang penuh dengan karbohidrat. Sebab tu lah sedap!

Sebab itulah terdapatnya diet seperti Diet Atkins yang memang menghadkan pengambilan karbohidrat ke tahap yang sangat minimum.

Apa sebenarnya fungsi karbohidrat?

Ini adalah maksud karbohidrat yang saya ambil daripada Wikipedia:

sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/karbohidrat

“Karbohidrat ialah polimer semula jadi yang merupakan sejenis kelas makanan yang sangat penting bagi manusia kerana karbohidrat adalah sumber utama tenaga untuk menjalankan pelbagai aktiviti. Karbohidrat ialah nutrien kimia yang mengandungi karbon (C), hidrogen (H) dan oksigen (O).

Karbohidrat diperlukan untuk membekalkan tenaga bagi kegunaan badan. Kekurangan karbohidrat boleh menyebabkan seseorang itu berasa lemah dan tidak bermaya. Karbohidrat yang diambil secara berlebihan pula boleh menyebabkan penyakit seperti diabetes. Penyakit ini berpunca daripada gangguan fungsi hormon insulin oleh pankreas. Gangguan ini menyebabkan kandungan glukosa dalam badan seseorang meningkat dan boleh menyebabkan penyakit diabetes.”

Wah. Ini lebih serius lagi. Karbohidrat bukan sahaja boleh menyebabkan obesiti, tetapi dalam masa sama boleh menyebabkan penyakit kencing manis! Ini bukan bermakna makanan  berlemak itu baik untuk badan kita. Makanan berlemak boleh menyebabkan perkara lain seperti sakit jantung dan tekanan darah tinggi. Jadi makan pun perlu dengan kebijaksanaan.

error: Content is protected !!