Tips Kuruskan Badan dan Cantikkan Muka

Berapa Kalori Yang Anda Perlukan?

berapa kalori diperlukan

Apa itu kalori? Kalori merupakan unit yang digunakan untuk mengukur tenaga. Kalori boleh diperolehi daripada makanan dan minuman seharian kita. Kalori sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia untuk bagi mendapatkan tenaga dan tenaga itu kemudiannya akan ditukar kepada haba. Daripada tenaga itu jugalah kita boleh bergerak bebas dan melakukan pelbagai aktiviti harian dan pekerjaan.

Setiap makanan dan minuman mempunyai nilai kalori tersendiri. Jadi kita perlu tahu nilai kalori dalam makanan dan minuman seharian kita.

Baca : Senarai Makanan Malaysia Ini Paling Banyak Kalori

Berapa kalori yang diperlukan ye

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada jumlah keperluan harian kalori.

Jantina

Secara umumnya, lelaki perlukan lebih banyak kalori berbanding perempuan. Macam yang kita sedia maklum, lelaki biasanya lebih aktif berbanding perempuan dan memerlukan lebih banyak tenaga. Secara puratnya, seorang lelaki memerlukan lingkungan 2000kcal – 2500kcal setiap hari manakala perempuan memerlukan 1600kcal – 2000kcal setiap hari.

Aktiviti

Katakanlah anda merupakan pekerja buruh binaan ataupun atlet negara, jumlah kalori yang diperlukan akan lebih tinggi berbanding orang yang hanya kerja duduk di pejabat. Konsepnya mudah, lebih berat aktiviti, lebih banyak banyak kalori diperlukan.

Sebab tu lah kita selalu lihat orang yang berhenti bersukan akan naik berat badan kerana pengambilan kalori sama, tetapi aktiviti yang dilakukan dah berbeza.

Saiz Badan

Kalori juga digunakan untuk pergerakan badan kita. Besar rangka badan kita, lebih banyak kaolri diperlukan.

Umur

Orang yang dah berumur takkan berlari ke sana dan ke sini. Jadi kalori yang diperlukan akan lebih rendah berbanding remaja yang aktif.

Ok.

Nak kiraan yang lebih tepat keperluan kalori anda? Sila ambil kalkulator. Dan pastikan anda dapat A+ dalam sains dan matematik.

Gurau.

Cara Kira Kalori.

Anda boleh mengira keperluan kalori harian anda dengan menggunakan kalkulator kalori di laman web Calorie Calculator.

Masuk kan umur, jantina, tinggi dan berat anda.

cara kira kalori dalam badan

Bila dah tahu jumlah kalori yang diperlukan, boleh la mula buat kira-kira makanan yang boleh dimakan untuk memenuhi keperluan tenaga badan kita. Nak gemuk, makan melebihi kalori yang diperlukan. Nak kurus, makan kurang dari kalori yang diperlukan. Simple kan? Dah baca? Share dengan kengkawan group diet ok.

error: Content is protected !!