Tips Kuruskan Badan dan Cantikkan Muka

Apa Itu Diet Atkins?

diet-atkins
Diet merupakan terma yang digunakan untuk menerangkan secara ringkas tentang tabiat dan cara pemakanan. Salah satu cara diet yang terkenal yang kerap diamalkan oleh orang yang nak menurunkan berat badan dengan cepat adalah diet Atkins.

Nama Atkins sebenarnya diambil daripada pengasasnya iaitu Dr Robert Coleman Atkins. yang merupakan seorang pakar jantung. Dalam kerjayanya sebagai seorang pakar jantung, beliau telah membuat mengehadkan pengambilan gula dan karbohidrat untuk pesakitnya dan salah satu hasil yang beliau perhatikan adalah dalam masa yang sama pesakit beliau dapat menurunkan berat badan.

Secara khususnya, diet Atkins adalah perubahan tabiat dan gaya pemakanan kepada diet yang kurang gula dan karbohidrat.

Kenapa perlu kurangkan gula dan karbohidrat?

Sumber tenaga dalam badan manusia terhasil sama ada daripada gula atau lemak. Secara umumnya, gula yang berlebihan dalam badan akan ditukarkan oleh insulin kepada lemak. Oleh itu, konsep diet Atkins adalah ingin menjadikan lemak yang berlebihan dalam badan sebagai sumber tenaga semula kerana pengamal diet ini akan kurang mengambil gula dan karbohidrat.

Ramai yang salah anggap tentang diet Atkins kerana mengganggap bahawa diet Atkins melarang gula dan karbohidrat sama sekali. Sebenarnya, pengamal diet Atkins masih boleh mengambil gula dan karbohidrat tetapi dengan kadar yang ditetapkan untuk sehari bagi yang telah melepasi diet atkins fasa ke 4. Fasa pertama pengamal diet atkins tidak boleh mengambil sumber gula.

Dalam diet Atkins itu sendiri terdapat empat fasa yang mesti ditempuhi oleh orang yang nak menurunkan berat badan dengan diet ini. Fasa yang paling sukar dan paling mencabar adalah semasa fasa pertama atau dikenali juga sebagai ‘induction phase’. Pada fasa ini pengambilan karbohidrat adalah sangat rendah iaitu hanya 20gm sehari. Tetapi pada fasa ini jugalah berat badan biasannya akan turun mendadak atau orang ramai yang mengalah kerana gaya pemakanan yang ketat.

Kesimpulannya, mengamalkan diet Atkins adalah salah satu pilihan untuk mereka yang nak menurunkan berat badan dengan cepat. Mengurangkan pengambilan gula dan meningkatkan penggunaan lemak badan adalah konsep yang digunakan oleh diet Atkins. Walau bagaimanapun , jangan keterlaluan dalam berdiet kerana ia mungkin boleh membahayakan diri anda.

error: Content is protected !!