Tips Kuruskan Badan dan Cantikkan Muka

8 Bukti Lelaki Lebih Suka Wanita Tubuh Berisi Dari Kurus

perempuan berisi

Lelaki pasti ada cita rasa yang berbeza-beza terhadap wanita. Sebenarnya, ramai juga lelaki yang lebih tertarik dengan wanita bertubuh berisi dari wanita bertubuh ramping.

Hubungan dan Bahasa Tubuh Manusia, Katia Loisel Furey, dalam kajian yang dilakukannya mengatakan bahawa 63% responden lelaki secara terbuka mengakui yang mereka lebih suka bercinta dengan wanita bertubuh berisi berbanding kurus.

BACAWanita Gemuk Hidup Lebih Ceria dan Bahagia

Ladies, jangan bimbang jika anda tergolong dalam kategori wanita bertubuh berisi. berikut alasan kenapa lelaki tertarik dengan wanita bertubuh berisi yang anda miliki.

Tampak lebih menarik

Kajian yang dijalankan terhadap lelaki berusia 20 hingga 50 tahun mengatakan 8 hingga 10 lelaki lebih suka memilih wanita bertubuh berisi kerana golongan ini dikatakan lebih menarik.

Sedap untuk dipeluk

Wanita yang memiliki tubuh berisi atau sedikit montok membuatkan lelaki rasa lebih selesa untuk memeluknya berbanding wanita yang kurus.

Lebih sihat dan subur

Wanita yang berisi pastinya mempunyai pinggul yang besar. Aset tersebut menunjukkan wanita sebegini lebih subur, mempunyai fungsi reproduksi dan hubungan intim yang sihat.

Miliki aset kegemaran lelaki

Wanita bertubuh berisi sememangnya beruntung kerana aset yang anda miliki iaitu punggung dan dada yang besar merupakan bahagian yang menjadi perhatian lelaki. Malah dalam satu penelitian menemukan bahawa ramai lelaki bersetuju wanita bertubuh berisi akan lebih mengghairahkan dan menyenangkan saat melakukan hubungan intim.

Ada keyakinan diri

Sikap positif yang dimiliki oleh wanita bertubuh besar secara tidak langsung membantu mereka untuk membina keyakinan diri yang tinggi. Cara wanita bertubuh berisi berkomunikasi, bergelak ketawa, mengeluarkan tutur kata dan berhubung mata dengan orang ramai membuatkan lelaki mudah tertarik dengan mereka.

Pakaian cantik terletak di tubuh

Wanita yang berisi akan kelihatan cantik apabila berpakaian kerana tubuhnya terletak indah dengan pakaian yang disarungkan. Malah cara anda berpakaian juga dikatakan boleh menggiurkan lelaki.

Peneman ketika makan

Dalam soal makan, pasti wanita bertubuh ramping sangat cerewet kerana mereka begitu menjaga penampilan diri dan diet sehingga membuatkan pasangan tertekan. Ini tidak bagi wanita bertubuh berisi kerana pasangan anda tentu sahaja rasa senang untuk mengajak anda makan ke mana sahaja tanpa sebarang rungutan ataupun pantang larang.

Lebih peramah dan ceria

Satu kajian yang dijalankan oleh littlewoods.com membuktikan bahawa wanita yang bertubuh berisi kelihatan lebih peramah dan ceria. Kajian itu menemukan 74% daripada 2,000 responden wanita yang bertubuh berisi mengakui bahawa mereka cukup bahagia dengan berat badan yang mereka miliki.

Dinasihatkan, wanita bertubuh berisi hendaklah sentiasalah menjaga kesihatan tubuh badan dengan pola pemakanan yang seimbang dan senaman yang konsisten agar anda terhindar daripada sebarang penyakit yang boleh memudaratkan.

error: Content is protected !!