Tips Kuruskan Badan dan Cantikkan Muka

7 Kebaikkan Berjogging Yang Boleh Panjangkan Umur

7-tips-jogging

Berjoging adalah salah satu jenis senaman yang paling mudah untuk diamalkan. Ia boleh dilakukan oleh hampir semua peringkat umur. Terdapat pelbagai kebaikan berjogging dari segi fizikal dan juga mental.  Artikel kali ini kami kongsikan kebaikan berjoging untuk memberi anda semangat untuk terus bersenam. Secara umumnya, berjogging hanya berkesan untuk kesihatan anda sekiranya ia dilakukan secara konsisten sekurang-kurangnya seminggu 3 kali.

Baik Untuk Jantung

Berjoging baik untuk jantung. Ia membantu jantung dengan cara melatih jantung untuk bekerja dengan lebih efisyen. Ia juga membantu pengaliran darah dalam badan.

Menurunkan Berat Badan

Diet yang betul akan dibantu dengan aktiviti berjogging akan dapat mempercepatkan seseorang untuk menurunkan berat badan.

Paru paru

Sepertimana berjoging membantu jantung, ia UFA dapat membantu paru paru. Mereka yang mengalami masalah asma boleh berjoging dengan kadar yang bersesuaian untuk membantu paru paru berlatih untuk bekerja dengan baik.

Meningkatkan Ketahanan badan

Satu lagi kebaikan berjogging adalah ia dapat meningkatkan imuniti badan kita. Apabila imuniti badan meningkat, kita tidak akan mudah untuk dijangkiti penyakit.

Mengurangkan Tekanan

Jika anda kerap kali tertekan dengan kerja atau apa sahaja yang menyebabkan anda tertekan. Senaman ataupun berjoging dapt mengurangkan kadar tekanan anda. Ini adalah kerana semasa bersenam badan kita akan mengeluarkan hormone endorphin yang menyebabkan kita lebih tenang.

Produktif

Orang yang memulakan hari dengan berjogging akan lebih produktif berbanding orang yang tidak berjogging. Ini adalah kerana apabila badan kita cergas, otak juga akan secara langsung menjadi lebih cergas dan cerdas. Walau bagaimanapun, jogging hendaklah dilakukan dengan kadar yang sesuai kerana jika berlebihan juga boleh menyebabkan kita keletihan untuk bekerja.

Menguatkan Tulang

Mengikut kajian, berjogging dengan kadar yang sepatutnya dapat membantu mengelakkan dari masalah osteoporosis. Osteoprosis adalah masalah tulang rapuh yang kerap berlaku apabila kita semakin lanjut usia. Tetapi dengan berjogging dengan cara yang betul dan konsisten, risiko mengalami masalah osteoporosis dapat dikurangkan.

Itulah sebahagian daripada kelebihan dan kebaikan berjogging. Tetapi pastikan anda tidak berjogging secara berlebihan kerana ini juga akan mendatangkan keburukan kepada diri anda. Berjogginglah dengan cara yang betul dan konsisten dalam mengamalkannya.

error: Content is protected !!