Tips Kuruskan Badan dan Cantikkan Muka

6 Kesan Bahaya Rawatan Laser ~ Gadis Ini Menyesal Tak Kesudah!

bahaya rawatan laser muka

Pelbagai ubat dan teknologi telah dicipta pada zaman sekarang untuk rawatan kecantikan. Namun sejauh mana keberkesanan dan bahayanya untuk diri anda? Sebelum anda membuat pilihan untuk membeli sesuatu produk atau menggunakan mana-mana rawatan kecantikan, anda dinasihatkan supaya menyelidiki dahulu supaya anda tidak menyesal dikemudian hari.

Rawatan Laser merupakan rawatan kecantikan yang semakin popular dalam kalangan wanita, dimana rawatan ini adalah salah satu rawatan kecantikan yang dapat mengatasi masalah seperti jerawat, bintik hitam, pori-pori yang mengganggu wajah anda. Rawatan Laser ini merupakan rawatan yang menghancurkan lapisan kulit luar menggunakan bantuan sinar laser. Sinar Laser ini berfungsi untuk membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat diwajah anda. Pembiayaan rawatan laser ini bukan sahaja mahal malah, malah anda perlu menghadapi beberapa risiko selepas menerima rawatan laser ini. Berikut merupakan beberapa kesan yang harus anda tahu sebelum melakukan rawatan tersebut.

1. Kulit Akan Menggelupas

Ketika anda melakukan rawatan laser ini, maka sinarnya akan mempengaruhi pigmen kulit dan menyebabkan kulit anda terbakar serta menggelupas. Hasil rawatan ini juga berbeza mengikut pada kulit wajah anda sama ada hitam atau putih.

2. Kulit Terasa Panas.

Apabila anda menerima rawatan ini, laser yang digunakan untuk menyentuh kulit anda akan membuatkan kulit tarasa panas seperti terbakar oleh matahari. Malah, akan menimbulkan rasa sakit ketika proses penyinaran dilakukan supaya anda mendapat hasil yang lebih maksimal.

3. Kulit Akan Bengkak

Risiko apabila anda melakukan rawatan laser ini adalah muka anda akan menjadi bengkak. Selain itu, terdapat juga kes dimana anda akan merasa gatal-gatal pada wajah yang telah disinari oleh laser tersebut. Bagi menghilangkan kesan ini pada wajah, anda haruslah menunggu dalam tempoh seminggu.

4. Mengalami Iritasi Ringan

Apabila proses rawatan laser ini selesai, anda haruslah berhati-hati kerana wajah anda tidak boleh disentuh, digosok,atau digaru kerana akan membuatkan bekas luka jerawat menjadi iritasi.

5. Kulit Jadi Kering

Sesetengah kulit yang telah mendapat rawatan laser ini akan menjadi kering. Namun, biasanya selepas menerima rawatan ini, anda akan diberi krim yang dapat memulihkan wajah anda dengan lebih baik.

BACA : Terbongkar Tanda Kosmetik Bahaya Yang Boleh Menyebabkan Kerosakan Kulit

6. Kerosakan Pada Kulit

Ini merupakan kesan paling buruk yang anda akan alami. Kulit wajah anda juga tidak boleh terkena cahaya matahari. Terdapat banyak kes mengenai rawatan laser ini. Tepuk dada tanya selera. Dibawah kami telah sediakan perkongsian seorang gadis jelita yang telah menyesal menggunakan rawatan laser ini.  Semoga memberi sedikit panduan buat anda.

Pretty to ugly

Treatment pantas dan berkesan

Bintik hitam makin hitam

Muka jadi bengkak!

Menyesal! Muka makin teruk..

Salah sendiri!

Alhamdulillah wajah semakin sembuh!

error: Content is protected !!