Tips Kuruskan Badan dan Cantikkan Muka

5 Sebab Gagal Menurunkan Berat Badan

gagal-kurangkan-berat-badan

Pelbagai faktor boleh membantu dan menggagalkan anda dalam usaha menurunkan berat badan. Antara teori dan praktikal itu sendiri kadang kala memainkan peranan menentukan kejayaan anda untuk menurunkan berat badan.

Berikut adalah 5 faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu gagal untuk menurunkan berat badan.

Nak Kurus Cepat

Secara teorinya tiada perkara yang boleh dicapai dalam jangka masa yang singkat. Begitu juga dengan menurunkan berat badan. Setkan matlamat berat badan yang anda idamkan dalam jangka masa yang rasional. Penetapan matlamat yang tidak rasional menyebabkan seseorang itu mudah bosan dengan usaha menurunkan berat badan kerana menganggap bahawa mereka gagal menurunkan berat badan. Hakikatnya, matlamat yang tidak rasional itulah yang menggagalkan mereka.

Extreme

Ada orang yang bermati-matian berusaha untuk kurus. Tidak makan. Bersenam tanpa henti. Itu semua sebenarnya satu kesilapan yang besar. Untuk menurunkan berat badan, anda perlu pastikan badan anda tetap mendapat nutrien yang diperlukan setiap hari. Selain itu, badan anda juga memerlukan rehat yang cukup. Jika badan anda letih dan tidak bermaya, pastinya usaha untuk menurunkan berat badan akan berakhir di tengah jalan.

Tekanan (Stress)

Selain daripada tekanan fizikal, tekanan mental juga memberikan kesan kepada usaha anda menurunkan berat badan. Kebanyakan orang akan makan dengan kadar yang lebih banyak ketika mereka stress. Tekanan juga menyebabkan anda berasa malas dan tidak bermaya untuk bersenam.

Tidak Lawas

Kajian ada menunjukkan bahaw untuk menurunkan berat badan, setiap orang sekurang-kurangnya perlu berkumuh sekurang-kurangnys 2 kali. Untuk membolehkan anda lawas dengan baik, pastikan anda minum air yang secukupnya berserta makanan yang seimbang.

Tiada ilmu

Ada orang yang menurunkan berat badan kerana terikut-ikut dengan orang lain. Lebih merbahaya adalah orang yang menurunkan berat badan dengan hanya meniru cara orang lain berdiet. Jika anda mahu menurunkan berat badan, pastikan anda mempunyai ilmu yang cukup tentang cara menurunkan berat badan yang sesuai dengan gaya hidup anda.  Tiada ilmu, kegagalan menanti anda.

error: Content is protected !!