Tips Kuruskan Badan dan Cantikkan Muka

5 Sebab Anda Mengalami Masalah Jerawat

masalah-jerawat

Ramai yang mengalami masalah jerawat mencari pelbagai kosmetik untuk merawat jerawat tersebut. Tetapi kadang kala mereka tidak terfikir sebab-sebab mengapa jerawat berlaku kerana dengan mengetahui punca-punca berlaku masalah jerawat, anda mungkin dapat mencegahnya.

Hormon

Salah satu faktor penyebab jerawat di wajah adalah hormon, perubahan hormon boleh menyebabkan jerawat akan muncul di permukaan kulit, sebab itulah kebanyakan jerawat mula muncul apabila remaja mula akil baligh. Bagi perempuan pula, ketidakstabilan hormon boleh berlaku sebelum dan semasa datang haid.

Jenis kulit

Satu lagi penyebab kulit muka mudah mengalami masalah jerawat adalah kerana jenis kulit itu sendiri. Jika anda mempunyai kulit yang berminyak, anda akan lebih mudah mengalami masalah jerawat. Kulit berminyak mudah mengalami masalah jerawat kerana keadaan kulit tersebut mudah untuk mengumpul kotaran dan debu dalam liang pori kulit muka. Apabila liang pori tersumbat, jerawat akan mula timbul.

Tidak menjaga kebersihan kulit

Terdapat juga yang mengalami masalah jerawat kerana tidak menjaga kebersihan kulit muka. Kulit muka hendaklah dicuci dengan kerap menggunakan sabun pencuci yang sesuai. Sekiranya anda tidak menjaga muka anda, debu dan habuk boleh terkumpul dalam laing pori kulit sehingga menjadi komedo serta menjadi jerawat.

Gaya hidup tidak sihat

Jika anda mengalami masalah jerawat di wajah dengan jumlah walaupun anda kerap menjaga kebersihan kulit, ada kemungkinan yang menjadi faktor penyebab jerawat di wajah adalah kerana gaya hidup yang kurang sihat. Antara gaya hidup tidak sihat yang boleh menyebabkan jerawat adalah seperti merokok, pemakanan yang tidak seimbang dan tidak meminum air dengan secukupnya boleh menyebabkan risiko mengalami masalah jerawat.

Stress / Tekanan

Selain daripada gaya hidup, masalah jerawat juga boleh disebabkan oleh stress atau tekanan. Tekanan emosi dan fizikal akan menyebabkan perubahan kepada paras hormone dalam badan. Perubahan hormone inilah yang boleh menyebabkan masalah jerawat kepada anda.

Itulah antara sebab seseorang  itu boleh mengalami masalah jerawat. Mengatasi masalah jerawat bukan hanya berkaitan dengan penjagaan kulit muka, tetapi dalam masa yang sama melibatkan keseluruhan badan seperti pemakanan dan gaya hidup yang sihat.

error: Content is protected !!