5 Perkara Yang Anda Tak Sangka Boleh Jadikan Anda Gemuk

tabiat-yang-boleh-jadikan-anda-gemuk

Makan makanan tinggi karbohidrat dan lemak serta kurang bersenam dah jadi alasan biasa untuk orang yang berlebihan berat badan. Itu sememangnya punca utama kegemukan berlaku, tapi tahukah anda bahawa terdapat 5 lagi perkara yang kebanyakan orang tak tahu yang boleh menyebabkan kegemukan?

Ini saya kongsikan 5 sebab yang ramai tak tahu boleh menyebabkan kegemukan.

Sedut Udara Kotor

Satu kajian yang diterbitkan di Occupational and Enviromental Medicine menunjukkan terlalu banyak menyedut udara tercemar menyebabkan pengeluaran hormone leptin yang kemudiannya akan menyebabkan selera makan bertambah. Itu baru udara kotor, kalau sedut asap rokok macam mana agaknya?

Kurang Membaca

Kajian daripada Journal Of Consumer Research mendapati, kebanyakan orang tidak membaca label pada makanan yang dibeli. Dalam masa sama mereka tidak tahu pun apa kandungan sebenar makanan yang mereka beli. Jika anda sedang berdiet, pastikan baca label setiap kali membeli makanan siap.

Kurang Tidur

Ada juga kajian yang menunjukkan bahawa kurang tidur pun boleh menjadikan anda gemuk. Ia boleh disebabkan perubahan kadar hormone dalam badan dan juga tabiat seseorang.  Ada juga orang yang hanya akan tidur apabila perut kenyang. Orang yang kurang tidur biasanya akan bertambah stress. Lebih stress biasanya membawa kepada makan lebih banyak.

Botol Plastik

Pembuatan botol plastic biasanya menggunakan bahan kimia yang dipanggil phthalates. Bahan kimia ini boleh mengganggu sistem hormone dalam badan manusia. Bila hormone dalam badan terjejas, mula la tabiat makan bertambah.

orang-gemuk

Kawan Dengan Orang Gemuk

Oops..Bukannya saya tak bagi berkawan dengan orang gemuk. Tapi, kajian menunjukkan bahawa berkawan dengan orang yang gemuk boleh menyebabkan anda terikut-ikut dengan tabiat pemakanan mereka. Sebaliknya, orang gemuk yang berkawan dengan orang yang kurus berkemungkinan boleh menjadi kurus. Teorinya sebenar disebalik kajian ini adalah, siapa yang berjaya mempengaruhi siapa.

Itulah 5 perkara yang mungkin anda tidak sangka boleh menjadikan seseorang gemuk. Kegemukan bukan hanya disebabkan oleh faktor pemakanan, tetapi juga boleh disebabkan oleh faktor persekitaran. Jadi, perhatikan perkara-perkara di atas sekiranya diet anda untuk kurus masih belum berjaya.

Kongsikan post ini untuk manfaat kawan-kawan yang lain.

Tekan dibawah PROMOSI baru khas untuk anda.

You might also like More from author

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!