5 Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Jantung No 3 & 5 Wajib Makan

1 553

Antara organ terpenting dalam diri setiap orang adalah jantung. Penyakit jantung merupakan antara penyakit utama di negara ini. Salah satu cara untuk menjaga jantung dengan baik adalah dengan mengamalkan pemakanan yang baik untuk jantung.

Berikut adalah 5 makanan yang biasa kita makan dan baik untuk kesihatan jantung kita.

Oatmeal

Oatmeal adalah makanan yang baik untuk jantung anda. Ini adalah kerana ia boleh membantu dalam menurunkan kadar kolesterol dalam darah anda. Sepertimana yang anda tahu, kolesterol adalah unsur yang bertanggungjawab menyebabkan pelbagai jenis penyakit jantung.

Buah Buahan

Buah-buahan kaya dengan pelbagai jenis nutrien yang baik untuk jantung khususnya dan kepada tubuh badan secara amnya. Pengambilan buah buahan secara konsisten juga dapat membantu anda untuk menurunkan berat badan.

Sayur-sayuran

Sayur seperti lobak mempunyai kandungan karetinoid, serat dan vitamin yang sangat baik untuk kesihatan jantung. Kajian ada menunjukkan bahawa karetinoid yang diambil dalam makanan seharian dapat mengurangkan risiko penyakit jantung.

Kekacang

Antara kekacang yang baik untuk jantung anda adalah kacang almond dan juga kacang walnut. Kekacang ini bukan sahaja sedap untuk dimakan begitu sahaja, malah memounyai pelbagai nutrient yang baik untuk kesihatan jantung anda.

Ikan

Ikan Salmon kaya dengan acid lemak Omega 3. Salmon juga mempunyai sejenis karetinoid yang dapat mengurangkan risiko penyakit jantung. Kajian dari barat menyatakan bahawa hidangan ikan salmon sebanyak 2 kali seminggun sudah memadai untuk membantu kesihatan jantung anda. Selain daripada ikan salmon, ikan tuna, ikan sardine (segar) dan ikan tongkol juga mempunyai kelebihan yang sama seperti ikan salmon.

Jika anda perhatikan, sebenarnya semua makanan yang tersenarai di atas adalah dalam lingkungan makanan seharian kita. Makanan yang seimbang dan kurang kolesterol adalah langkah terbaik untuk mengurangkan risiko penyakit jantung secara keseluruhan. Tambahan lagi jika anda mempunyai ahli keluarga yang mengalami masalah jantung, risiko anda untuk mendapat penyakit jantung juga bertambah. Oleh itu, pencegahan awal dengan mengambil makanan yang baik untuk jantung akan dapat membantu mengurangkan risiko tersebut.

You might also like More from author

1 Comment

Leave A Reply

Your email address will not be published.

error: Content is protected !!