Tips Kuruskan Badan dan Cantikkan Muka

5 Cara Menurunkan Berat Badan Yang Salah

cara-salah-turun-berat-badan

Orang yang berlebihan berat badan pasti sanggup mencuba apa sahaja cara untuk menurunkan berat badan tanpa memikirkan sama ada cara tersebut betul atau salah. Menurunkan berat badan dengan cara yang salah mungkin tetap dapat menurunkan berat badan anda, tetapi dalam masa sama ia boleh membahayakan kesihatan tubuh badan anda.

Berikut adalah 5 Cara Diet Yang Salah yang kerap diamalkan.

Tidak Makan

Jika anda rasa cara terbaik untuk menurunkan berat badan adalah dengan tidak makan sama sekali, anda sebenarnya jauh daripada landasan yang betul. Setiap orang perlukan makanan sebagai sumber tenaga. Jangan sesekali meninggalkan makan kerana nak menurunkan berat badan tetapi sebaliknya ambillah makanan secara seimbang.

Kurang Ilmu

Bagi anda yang nak menurunkan berat badan, anda perlu mencari ilmu yang betul tentang cara menurunkan berat badan. Terdapat pelbagai cara menurunkan berat badan. Anda boleh lakukan mana-mana teknik menurunkan berat badan tetapi anda perlu faham bagaimana teknik tersebut berfungsi dan apa kesan dan akibatnya sekiranya ada.

Campur Aduk Ubat

Berhati-hati dalam pelbagai jenis makanan tambahan, serat, ubat dan supplement yang dikatakan boleh menurunkan berat badan. Anda dinasihatkan jangan campur aduk kan semua ubat dan supplement semata-mata anda berharap untuk menurunkan berat badan dengan cepat. Memakan ubat atau supplement yang bercampur amat berbahaya. Pilih satu yang sesuai dengan tindak balas positif terhadap badan anda.

Nak Cepat

Menurunkan berat badan ke tahap yang ideal bukannya dapat dilakukan dalam masa satu atau dua hari sahaja. Menurunkan berat badan adalah satu proses berterusan dan perlukan konsistensi agar berat badan dapat diturunkan ke tahap yang ideal dan tidak naik semula.

Tidak Bersenam

Ramai yang mencari-cari cara menurunkan berat badan tanpa senaman. Memang terdapat cara menurunkan berat badan tanpa senaman, tetapi cara ini bukanlah cara yang terbaik. Senaman sebenarnya bukan hanya berfungsi untuk menurunkan berat badan, tetapi senaman sebenarnya berfungsi untuk menambahkan kekuatan dalaman anda seperti kesihatan jantung dan kecergasan minda anda.

error: Content is protected !!