Tips Kuruskan Badan dan Cantikkan Muka

5 Cara Kekalkan Cara Hidup Sihat

Mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan adalah sangat penting. Bukan hanya dari pemakanan kita, malah cara dan gaya hidup kita juga mestilah betul. Jom lihat cara sebenar yang perlu anda amalakan untuk menerapkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian anda !

1. Jangan Tidur Lewat Malam !

Sudah menjadi kebiasaan sesetengah individu suka tidur lewat malam. Tidak kira tua ataupun muda, pasti mereka akan memberikan alasan tersendiri. Namun tahikah anda bahawa gaya hidup ini adalah salah satu gaya hidup paling tidak sihat. Anda sepatutnya tidur dengan cukup iaitu 7 hingga 8 jam dalam sehari. Waktu berehat anda sepatutnya bermula pada jam 10 hingga ke 10.30 malam. Apabila anda mendapat tidur yang cukup, badan akan terbiasa untuk rehat dan melakukan detoks pada semua bahagian organ badan sehingga dapat mengelakkan diri daripada penyakit dan memulihkan stamina serta merehatkan otot-otot badan anda.

2. Bangun Awal Pagi !

Ramai orang tidak menghiraukan pesanan ini, lebih-lebih lagi apabila anda sedang bercuti pada hujung minggu. Tahukah anda sebenarnya terdapat banyak manfaat apabila anda bangun awal setiap pagi. Apabila anda bangun pagi, anda boleh menghirup udara segar yang dapat mempengaruhi fungsi otak dan paru-paru untuk mengelakkannya daripada rosak. Malah, sinar matahari pada waktu pagi juga sangat baik untuk mesihatan kulit dan memberi kekuatan pada tulang kerana cahaya matahari pada waktu pagi sangat kaya dengan vitamin D.

Selain itu, bangun pagi juga akan membuatkan anda tidak lupa untuk mengambil sarapan pagi kerana sarapan pagi adalah sangat penting. Jika anda amalkan untuk bangun pagi setiap hari, anda pasti akan berasa lebih segar dari biasa!

3. Kurangkan Makan “Junk Food” Dan Minuman Bergas!

Siapa yang tidak suka dengan makanan seperti Kfc, Mcd, Pizza Hut, Ayamas, Burger dan sebagainya! Rasanya hmm sedap tak terkata! Namun, anda perlu tahu sebenarnya makanan ini sangat tidak baik untuk kesihatan apalagi jika anda makan makanan ini dengan memimum air gas! Ini adalah kerana disebabkan kalori yang terdapat pada makanan tersebut. Malah, perkara yang paling bahaya apabila anda mengamalkan tabiat ini adalah terjadinya kanser pada tubuh anda!

4. Ganti Menu Makan Malam Dengan Menu Yang Sihat !

Ini juga merupakan salah satu cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Anda sudah boleh mula cuba untuk memulakan dan memngurangi makan malam yang berlebihan dan menggantikannya dengan menu-menu yang lebih sihat seperti buah, salah, roti gandum, sereal atau oat meal. Namun begitu, anda harus diingatkan supaya jangan langsung tidak mengambil makan malam. Apabila anda langsung tidak mengambil makan malam, anda akan cenderung untuk makan lebih banyak pada waktu pagi.

Usahakan untuk makan malam sebelum pukul 7 malam. Perkara ini sangat berguna untuk menjaga badan anda dan memberikan waktu untuk badan mencerna makan dan anda akan dapat tidur dengan lebih nyenyak kerana makanan anda sudah dicerna dengan baik.

5. Olahraga Setiap Hari

Hidup yang sihat adalah apabila anda bukan sahaja menjaga pemakanan anda, malah apabila anda berusaha untuk melakukan senaman setiap hari. Pola hidup yang tidak baik akan memberikan kesan terhadap kesihatan tubuh badan anda. Jadi tidak salah untuk anda lakukan senaman setiap hari seperti sit up, squad jump, push up, atau lari-lari anak dikawasan rumah anda. Jika anda mengamalkan aktiviti ini setiap hari, pasti anda akan rasa lebih segar dari kebiasaannya.

Pada hari cuti pula, anda disarankan untuk melakukan aktiviti seperti berenang, fitness, tennis, bola sepak dan berbagai lagi olahraga yang anda minat. Jika anda rasa and atidak sempat untuk bersukan, anda juga bolehlah memperbanyakkan jalan kaki dengan menggunakan public transport atau gunakan lebih banyak tangga daripada menaiki lif.

error: Content is protected !!