Tips Kuruskan Badan dan Cantikkan Muka

Kalau Sayang Isteri dan Anak Baca 4 Cara Berhenti Merokok

cara berhenti merokok, cara mengatasi merokok, bahaya merokok, kesan merokok
Katakan Tak Nak Merokok!

Berhenti merokok bukanlah sesuatu yang mudah. Ini adalah kerana merokok telah menjadi budaya sejak berzaman lamanya. Ia telah sebati menjadi salah satu tabiat dan ikutan dari generasi ke generasi. Hakikatnya, tiada sebarang kebaikan yang diperolehi daripada merokok. Jika anda bercita-cita untuk berhenti merokok, artikel ini akan membantu anda cara mengatasi merokok.

Berhenti merokok adalah matlamat. Untuk mencapai matlamat tersebut,  terdapat beberapa persediaan yang perlu dilakukan sebelum bertindak untuk berhenti merokok.

Pasang Niat dengan betul

Pasang niat dengan bersungguh-sungguh untuk berhenti merokok. Kaitkan niat tersebut dengan orang yang tersayang seperti demi isteri ataupun anak-anak. Niat yang dikaitkan dengan orang yang tersayang biasanya lebih utuh dan tidak mudah goyah berbanding orang yang berniat hendak berhenti merokok tetapi tiada sebab kukuh untuk diri sendiri berhenti merokok.

Kawal pergaulan dengan kawan-kawan

Kebanyakan orang mula merokok disebabkan oleh kawan-kawan dan kesukaran yang paling hebat adalah untuk menghadapi rakan-rakan yang tegar dan tidak mahu berhenti merokok. Bukannya perlu memutuskan tali persaudaraan, tetapi pilihlah kawan yang dapat membantu dalam proses anda cuba untuk berhenti merokok. Lagi elok, minta kawan-kawan bersama-sama mengharungi cabaran berhenti merokok.

Beranikan diri untuk berkata “Maaf, saya tidak merokok”

Ramai orang yang berusaha untuk berhenti merokok akhirnya terjebak semula disebabkan pergaulan dengan rakan-rakan dan juga kerana tidak berani dan malu untuk menyatakan bahawa mereka sudah tidak merokok. Mungkin bila kali pertama anda menyatakannya, ada suara-suara sinis yang akan berkata, tetapi bila berulang kali anda menyatakannya, orang akan mula hormat dengan pendirian anda dan ianya juga sekaligus menjadi motivasi kepada diri anda sendiri.

Sibukkan diri dengan aktiviti

Satu lagi sebab ramai yang kembali merokok adalah kerana mereka berasa bosan dan terlalu banyak masa terluang. Untuk berhenti merokok, anda perlu mencari aktiviti-aktiviti yang boleh menghilangkan rasa ‘kosong’ kerana tidak merokok. Antara perkara yang boleh dilakukan adalah dengan bersukan secara konsisten.

Jika 4 persediaan di atas anda telah lakukan, nampaknya anda sudah bersedia untuk berhenti merokok!

Kalau sudah mencuba 4 persediaan di atas tetapi gagal mungkin ada telah masuk dalam golongan perokok tegar, anda disarankan untuk mengambil ubat berhenti merokok.

error: Content is protected !!