Tips Kuruskan Badan dan Cantikkan Muka

3 Bahan Kimia Yang Tak Boleh Digunakan Dalam Kosmetik

bahan kimia dalam kosmetik

Tahukah anda bahawa terdapat beberapa bahan kimia yang tidak boleh digunakan dalam kosmetik? Bahan kimia ini tidak boleh digunakan kerana ianya boleh membahayakan pengguna serta menyebabkan kerosakan kulit kepada pemakainnya. Antara bahan kimia yang tidak boleh digunakan dalam komsetik adalah:

Merkuri

Ramai pengguna di Malaysia tidak sedar dengan kewujudan kosmetik yang mengandungi merkuri. Merkuri biasanya diletakkan dalam kosmetik sebagai ejen pemutih dan pencerah kulit. Untuk jangka masa yang singkat, penggunaan kosmetik yang mengandungi merkuri mungkin boleh mencerahkan kulit, tetapi kesan sampingannya adalah jauh lebih berbahaya daripada kesannya sebagai pemutih kulit.

Merkuri boleh menyebabkan alahan kulit yang serius. Selain itu, ada juga pengguna yang mengalami kesan yang lebi serius seperti kerosalan ginjal dan juga saraf. Walaupun ianya hanya disapu pada kulit, tetapi kesannya boleh dialami oleh semua anggota badan anda.

Hydroquinone

Hydroquinone adalah satu lagi bahan kimia yang tidak boleh didapati di dalam kosmetik.  Hydroquione bertindak dengan membunuh ‘melanocytes’, sejenis sel yang bertindak menghasilkan melanin (warna kulit). Untuk itu kulit akan kelihatan cerah dan semakin putih.

Hydroquione asalnya digunakan untuk proses mencuci gambar. Malangnya pada hari ini ia dicampurkan secara meluas dalam pelbagai jenama kosmetik sebagai agen pemutih kulit yang menyebabkan kulit semakin nipis dan mengelupas. Sebenarnya hydroquinone adalah sangat merbahaya dan merupakan bahan kimia yang sangat kuat, ia juga digunakan dalam proses ‘foto-herbicides’, pemprosesan getah dan pemprosesan ‘hair dye’.

Jadi bayangkan jika ianya diletakkan di kulit muka anda?

Tretinoin

Tretinoin biasanya diletakkan dalam krim untuk mengatasi masalah jerawat dan jeragat. Tertinion hanya boleh digunakan dengan nasihat doctor dan bukannya boleh diletakkan dalam kosmetik sesuka hati. Ada kajian yang menyatakan bahawa penggunaan tretinoin semasa mengandung boleh menyebabkan kecacatan kepada bayi yang dikandung.

Itulah 3 bahan kimia yang kerap kali disalah gunakan dalam kosmetik. Sebagai pengguna, anda perlulah prihatin dengan kosmetik yang anda gunakan. Jangan mudah terpedaya dengan iklan yang disiarkan dalam media. Semak dahulu dengan pihak berkuasa sama ada kosmetik tersebut selamat dan boleh digunakan. Ini adalah penting untuk memastikan kesejahteraan dan kesihatan anda sentiasa terpelihara serta mendapat kulit yang cantic dan mulus tanpa bahan kimia yang berbahaya.

error: Content is protected !!