Tips Kuruskan Badan dan Cantikkan Muka

24 Cara Kuruskan Badan Tanpa Pil Kurus!

24 cara kurus

Masih ramai lagi wanita-wanita diluar sana suka mengambil jalan pintas untuk kuruskan badan dengan mengambil pil-pil kurus yang dijual diluar sana. Berhati-hati dalam pemilihan pil kurus yang tidak diluluskan oleh Kementerian Kesihatan dan Jabatan Ubat. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara-cara mudah untuk anda membuang lemak dalam badan tanpa mengambil pil kurus!

 

1. Jangan Berlapar 

Ingat, jangan biarkan diri anda kelaparan. Tidak mengapa jika anda mahu makan banyak kali tapi dalam kuantiti yang sedikit, daripada anda menahan lapar tapi anda makan terlalu banyak dalam satu masa!  Makanan sebenarnya dapat memberikan tubuh badan kita tenaga. Oleh itu, apabila kita menggunakan tenaga kurang daripada apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut dan akan mula membakar  (muscle) ‘otot’ untuk menggantikan makanan. Kadar metabolisme anda akan menjadi rendah. Nah, jangan pelik waktu ni tahap pengambilan makanan anda pasti akan menjadi lebih banyak.

2. Makan Benda Pahit Sebelum Makan

Anda digalakkan untuk minum kopi dan kumur sebelum makan. Cara ini akan membuatkan tekak anda akan terasa pahit dan akan menghantar isyarat melalui otak anda bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut akan menyebabkan susahnya proses penghadaman.

3. Banyakkan minum Air Putih

Untuk pengetahuan anda, dengan meminum air kosong, anda dapat mengurangkan selera makan anda dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Pastikan anda minum air putih sebanyak 2 liter sehari! Ini akan membuatkan anda rasa tidak mahu untuk makan makanan dengan banyak.

4. Jangan Minum Air Bergas!

Ingat air gas mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi. Biasanya air bergas mengandungi 7 hingga 8 sudu! banyak bukan? Jadi elakkan minum air gas kerana sangat tidak baik untuk badan anda.

5. Kurangkan Garam

Tak sedaplah makanan tanpa garamkan? Tapi tahukah anda bahawa pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penangkungan air. Oleh itu, anda haruslah mengurangkan kadar pengambilan garam supay badan anda tidak menangkung air yang berlebihan dalam badan.

6. Pentingnya Sarapan Pagi

Siapa sangka pengambilan sarapan pagi mampu untuk mengurangkan berat badan anda. Satu kajian telah membuktikan bahawa individu yang tidak mengambil sarapan akan cenderung untuk lebih gemuk berbanding dengan individu yang mengambil sarapan. Untuk pengetahuan semua Sarapan pagi sebenarnya dapat menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah anda. Kadar metabolisme juga akan meningkat untuk membakar kalori.

7. Makan Perlahan-lahan

Amboi, dah dapat makanan bukan main lagi laju makan ye? jangan! Nikmatilah makanan anda dengan mengunyah makanan tersebut perlahan-lahan. Tubuh anda akan menghantar isyarat yang menunjukkan kepuasan.

8. Kunyah Hingga Lumat

Kunyahlah makanan sehingga lumat supaya makan yang masuk di dalam badan tersebut mudah untuk dihadam.

9. Kerap Makan

Anda disarankan untuk makan dengan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan sekali dua dengan kuantiti yang sangat banyak!

10. Snek Ringan

Setiap kali anda berasa lapar, anda disarankan untuk memberus gigi dan mengunyah gula-gula getah supaya membantutkan selera makan anda!

11. Katakan Tidak Pada Marjerin dan Tepung

Kurangkan pengambilan marjerin , mentega dan tepung dalam makanan seharian anda. Kalau boleh elakkan untuk membeli barang-barang ini dan disimpan di rumah.

12. Minum Air Limau Nipis

Minuman yang masam seperti limau nipis dan jus oren dapat menggalakkan pembakaran lemak. Lebih-lebih lagi dibuat tanpa gula. Jadi mulai sekarang, setiap kali ke restoran pastikan anda order air ini tanpa gula atau kurangkan gula ye.

13. Penting Buah & Sayur

Buah-buahan dan sayur-sayuran merupakan sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat serta mengandungi kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan Timbang Setiap Hari

Sebenarnya anda dielakkan untuk timbang berat setiap hari. Kenapa? Jika anda timbang setiap hari,anda tidak akan nampak perubahannya. Mana tidaknya, jika anda minum air banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan anda, pasti meningkat! Ini hanya akan membuatkan anda berputus asa untuk diet.

15. Makanan Berempah

Sebenarnya sesetengah rempah seperti cili dan kari sebenarnya dapat membakar kalori. Malah dengan penambahan lada hitam juga dapat meningkatkan penghadaman dan meningkatkan pembakaran lemak.

16.Bijirin & Kekacang

Bijirin dan kekacang sangat baik untuk badan kerana mengandungi karbohidrat ,protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Buat Diari

Sebenarnya diari makanan boleh memberi pengaruh yang besar kepada seseorang individu yang ingin kuruskan badan. Anda boleh merekodkan berapa timbangan berat anda, berapa kali anda makan dalam sehari, serta apa perasaan anda apabila makan. Dengan menulis diari, akan membuatkan diri anda lebih peka mengenai pemakanan seharian anda dan anda boleh memperbaiki tabiat pemakanan anda supaya lebih sihat. Anda akan lebih fokus dan komited untuk diet.

18. Fokus

Fokus sangat penting untuk berjaya. Begitu juga dalam meneruskan misi diet anda. Sebenarnya ramai orang lebih berjaya menurunkan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Jadi, tukarlah fikiran anda untuk sihat!

19. Cara Memasak

MEREBUS, MEMANGGANG dan MENGUKUS merupakan cara memasak paling terbaik yang boleh anda lakukan. Ini akan megelakkan diri anda untuk menggunakan minyak atau lemak haiwan.

20. Pilih Pinggan Yang Betul

Ketika anda memilih pinggan untuk makanan, ambillah pinggan yang rata dan bukan cengkung. Selepas itu, ambillah sayur dahulu untuk memenuhi pinggan, kemudian barulah nasi dan yang terakhir lauk dagingnya. Jika anda mahu tambah, anda hanya dibenarkan untuk tambah sayur sahaja! Anda juga dinasihatkan supaya tidak makan sambil menonton. Ini kerana semakin best cerita, semakin banyaklah makanan yang masuk dalam mulut anda!

21. Banyakkan Berjalan

Lepas makan janganlah cari dinding atau tiang untuk bersandar ye! Banyakkan berjalan selepas makan dapat membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan yang diambil tadi. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan digunakan. Lebih-lebih lagi apabila menaiki tangga.

22. Rancang Perbelanjaan

Rancanglah perbelanjaan seharian anda supaya anda tidak terover beli makanan. Jika anda ingin membeli, perlulah singgah di kedai buah dan sayur terlebih dahulu untuk mengelakkan anda membeli makanan yang menggemokkan!

23. Latihan & Senaman

i. Jalan Cepat – Gunakanlah kasut yang selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat

ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naiklah tangga untuk beberapa tingkat kemudian teruskan dengan menaiki lif.

iii. Berenang adalah latihan yang sangat baik. Berenanglah dengan laju dengan nafas yang dalam.

iv. Berbasikal. Kayuhlah basikalperlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantikkan dan merampingkan peha.

24. Kurangkan Pengambilan Gula

Anda perlulah mengurangkan pengambilan gula dalam makanan dan minuman kerana setiap satu sudu gula mengandungi 20 kalori.

 

error: Content is protected !!