Tips Kuruskan Badan dan Cantikkan Muka

10 Tip Panduan Mengawal Berat Badan Bagi Pengantin

10-Tip-Panduan-Mengawal-Berat-Badan-bagi-Pengantin

Menjadi idaman setiap pasangan pengantin untuk mengambil gambar pengantin yang sempurna. Salah satu perkara yang kerap kali memeningkan pasangan pengantin adalah berkaitan berat badan mereka.

Jangan bimbang, anda masih belum terlambat untuk mengurangkan berat badan. Ikuti cara mengawal berat badan melalui pengambilan makanan yang sihat dan senaman yang teratur seperti yang disyorkan di bawah.

5 Tip Mengambil Pemakanan

Memilih makanan dari bijirin, kekacang, ikan, ayam, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Kurangkan makanan yang berlemak dan berkalori tinggi. Sebolehnya, elakkan daripada makanan yang digoreng dan kurang berlemak. Tambahkan makanan yang berserat. Ini baik untuk sistem pencernaan anda.

Mengurangkan pengambilan gula dalam makanan anda. Pengambilan gula dan karbohidrat yang berlebihan boleh menyebabkan badan anda menukarkan karbohidrat berlebihan kepada lemak.

Elakkan daripada minuman berkarbonat, kek, biskut, dan jem.

Makan 4-5 hidangan sihat setiap hari termasuklah sarapan. Makan kerap tetap dengan kadar yang sedikit. Makan secara perlahan-lahan, jangan melangkau hidangan anda kerana ia akan membuatkan anda menjadi bertambah lapar. Elakkan mengambil makanan kudapan atau snek di waktu malam. Apabila anda tidur, banyak karbohidrat yang tidak digunakan dan menyebabkan ianya ditukarkan kepada lemak.

5 Tip Cara Bersenam Untuk Bakal Pengantin

Digalakkan bersenam sekurang-kurangnya 3x seminggu. Anda boleh memilih untuk pergi ke gim atau pun boleh bersenam sendiri seperti berjalan, berjoging, bersenam atau bersukan.

Mulakan senaman dengan perlahan-lahan mengikut keupayaan diri anda. Sekiranya anda mempunyai masalah sesak nafas semasa bersenam, bermakna anda melakukan senaman dengan melebihi had keupayaan anda.

Luangkan masa untuk melakukan aktiviti seperti ini paling kurang 30 minit 3-5x seminggu.

TIdak perlu menurunkan berta badans secara drastik. Penurunan berat badan antara 1 – 1.5kg seminggu adalah lebih baik.

Pastikan anda lakukan senaman pemberat atau rintangan. Ini adalah penting untuk membantu membakar lemak yang berlebihan dan membantu menguatkan otot anda.

Itulah tips untuk menurunkan berat badan bagi pengantin. Satu perkara yang perlu diingati adalah, menjaga kesihatan bukan hanya untuk satu hari semasa menjadi raja sehari, tetapi ia perlu diamalkan sepanjang hayat berpasangan untuk memastikan keluarga anda sihat dari segi fizikal dan mental.

error: Content is protected !!